Nasi Beriani Faa'it Parit Raja
Selama ini, kalau mengidam nasi beriani tiap kali balik ke rumah mertua, sanggup pergi cari dekat Batu Pahat.

Rupanya, ada yang lagi sedap. Berdekatan pula tu dengan rumah mertua.

Nama kedainya – Faa’it Nasi Ayam.

BACA : Nasi Beriani Sedap Batu Pahat.

Nasi Beriani Faa'it Parit Raja

Sebelum ini, memang tak tahu kedai ini ada menjual nasi beriani. Selalu je order makanan dekat kedai ini jika ada sebarang majlis keluarga.

Sebab kebanyakan makanan yang mereka jual memang sedap, lagi satu mudah berurusan untuk buat tempahan bagi sebarang majlis.

Cuma kena tempah awal.

Antara yang biasa kami tempah dengan beliau, seperti nasi ayam ataupun nasi tomato.

Baru-baru ini, mak mertua konvo dekat UTHM, memang cadang nak bawa mereka semua perkena nasi beriani dekat Batu Pahat.

Tapi, memasing dah kepenatan + belum buat photoshot maka cadang nak cari kedai berdekatan.

Sekali adik ipar Bro cakap, dekat kedai Faa’it ada jual nasi beriani (Time tue dalam hati dok cakap, “Biar betul, awat tak tahu pun selama nie?”)

Maka kami sekeluarga terus ke sana untuk makan tengahari.

Lagipun kena pergi cepat, sebab nasi beriani mereka adalah terhad dan selalunya by tengahari dah habis licin (Patut la tak pernah tahu, sebab selalu order makanan dekat dorang time nak dekat petang).

Nasi Beriani Faa'it Parit Raja

Nasi Beriani Faa'it Parit Raja

Nasi Beriani Faa'it Parit Raja

Lain macam pergi dia.

Berbaloi sangat makan dekat sini. Dekat pula dengan rumah mertua. Next time, kalau balik sana boleh singgah lagi.

Bagi Korang yang ingin mencubanya.

Korang cari dekat gerai Faa’it Nasi Ayam berdekatan dengan simpang 4 trafik light Parit Raja (ala yang selalu meriah tiap kali nak raya) sebaris dengan pasaraya Wellward.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter