You are here
Home > Jalan Cari Makan > Rahsia Keenakkan Pizza di Motorino Pizza Sky Avenue, Genting Highlands

Rahsia Keenakkan Pizza di Motorino Pizza Sky Avenue, Genting Highlands

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands
Hai korang, hari ini Bro ingin memperkenalkan kepada anda salah satu lokasi makan yang menarik sekiranya anda ke Sky Avenue, genting Highlands.

Motorino Pizza merupakan salah satu restoran Neopolitan Italian Pizza di New York.

Dimiliki dan dikendalikan oleh chef kelahiran Belgian-Italia, Mathieu Palombino yang membuat pizza bergaya Neapolitan.

Antara menu dan pizza yang disajikan di sini.

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Apa yang hijau-hijau atas pizza itu?

Oh, yang itu merupakan cili padi yang dipotong halus, untuk memberi kepedasan kepada pizzanya. Tak pasti resepi asalnya memang bercili, atau ianya istimewa disediakan mengikut citarasa rakyat tempatan.

Rahsia Keenakkan Pizza di Motorino Pizza, Sky Avenue

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Pizza di Motorini ini dibakar menggunakan ketuhar kayu yang dibawa khas dari Italia.

Yup menggunkan ketuhar kayu, dan ia menjadi resepi rahsia keenakan pizza di sini, sudah pastinya ia dibakar secara tradisional menggunakan kayu api.

Rasanya lebih menyelerakan dengan aroma yang dihasilkan.

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Di Motorino Pizza anda boleh menikmati Chicken Wings dengan pelbagai perisa seperti lemon, pudina dan serbuk cili.

Pastikan ia dimasukan dalam list hidang patut cuba sekiranya ke Motorino Pizza.

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Motorino Pizza SkyAvenue, Genting Highlands

Sesuatu yang menarik perhatian Bro bila makan disini adalah ‘karipap’nya yang bersaiz lebih besar berbanding karipap king kong mahupun karipap gergasi.

Intinya pula, ada pelbagai bahan. Jangan ditanya bahan apa.. Bro lapar, so sumbat terus dalam mulut.

Motorino kini mempunyai beberapa cawangan di New York, dua di Hong Kong dan Manila, satu di Singapura, dan sekarang ia mempunyai restoran yang pertama di Malaysia, terletak di Resorts World Genting’s – SkyAvenue.

Bro sudah, anda bila lagi?

Motorino – Sky Avenue
Level 1, Sky Avenue, Resorts World,
Genting Highlands, Malaysia.

No. Tel : +603 6101 1118

Waktu peniagaan : 10am to 10 pm (Setiap hari), to 12 pm (Hujung Minggu + Cuti Umum)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top