April 26, 2024

Lenovo Malaysia Perkenalkan Lenovo Tab 4 8 dan Tab 4 10 Plus

Lenova Tab 4 Series
Lenovo Malaysia telah memperkenalkan peranti terbaru mereka dalam siri Tab 4, iaitu Lenovo Tab 4 8 dan Lenovo Tab 4 10 Plus.

Ia merupakan tablet dengan spesifikasi pertengahan, dan hadir dengan fokus untuk kegunaan seisi keluarga dimana setiap orang boleh mempunyai profil tersendiri padanya.

Menjadikan ianya lebih istimewa, dimana setiap pengguna boleh access profil sendiri hanya dengan pengesahan cap jari pada pengimbas.

Ini bagi mengelak orang lain access kandungan anda yang terdapat didalamnya dalam masa yang sama memberi kebebasan pada orang lain untuk menggunakannya.

Lenova Tab 4 Series

Dilihat lebih tertumpu kepada sokongan multimedia, dengan kemampuan baterinya bertahan sehingga 12 jam sesuai sangat untuk kegunaan kanak-kanak.

Turut terbina applikasi yang dibangunkan khas oleh pihak Lenovo untuk kegunaan kanak-kanak. Malangnya ia hanya tersedia untuk Tab 4 Series terkini sahaja.


Lenovo Tab 4 10 Plus

Lenova Tab 4 Series

Ia dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM, storan 16GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 7000 mAh.

Dilindingi oleh 2 lapisan kaca pada untuk perlindungan pada bahagian depan dan juga belakang menjadikan ia ultra-nipis dan ringan.

Lenova Tab 4 Series

Lenova Tab 4 Series

Menawarkan audio dari Dolby Atmos dual-speaker memberikan pengalaman tontonan sinematik yang menarik pada paparan skrin FHD IPS.

Log masuk ke profil sendiri menggunakan pengimbas cap jari memberikan keselamatan ringkas bagi penggunaan seisi rumah.

Menyokong USB Type C dan Quick Charge 3.0 untuk tempoh pengecasan penuh lebih pantas.

Lenovo Tab 4 8

Lenova Tab 4 Series

Ia dilengkapi skrin 8″ IPS LCD 800P, dijana pemproses Snapdragon 425, memori sebesar 2GB RAM, storan 16GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri sebesar 4850 mAh.

Dengan paparan HD bersama audio dari Dolby Atmos dual-stereo speaker yang menghala kehadapan mampu memberi pengalaman multimedia yang menyeronokkan.

Lenova Tab 4 Series

Kedua-dua peranti ini masih menggunakan Android Nougat.

Lenovo Tab 4 10 Plus dijual pada harga RM 1299 manakala Tab 4 8 pula dijual pada harga RM749. Didatangkan bersama cover dan pelindung skrin.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.lenovo.com atau Facebook Lenovo Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Lenovo Malaysia Perkenalkan Lenovo Tab 4 8 dan Tab 4 10 Plus

  1. 1299 pun dah ok untuk tab. Boleh la bagi anak belajar guna tab tu. Ruby masih tak comfortable guna tab. sebab mesti ada orang perhati kerja i. Hahaha.

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *