You are here
Home > Iklan > Karnival Larian Amal MRCA 2017 Raih Kutipan Derma RM100,000

Karnival Larian Amal MRCA 2017 Raih Kutipan Derma RM100,000

Karnival Larian Amal MRCA 2017
Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA) berjaya meraih kutipan derma melebihi RM100,000 melalui penganjuran Karnival Larian Amal MRCA 2017 yang berlangsung di OneCity, Subang Jaya.

Karnival ini dijayakan dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama.

Acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Dr. M Kayveas, Penasihat Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Karnival Larian Amal MRCA 2017

Karnival Larian Amal MRCA 2017

Dengan bertemakan ”Prihatin, Kongsi & Lari” (Care, Share & Run), ia berjaya menarik lebih 3,000 penyertaan pada tahun ini. Turut serta, 550 anak yatim yang hadir untuk berhibur dan bermain di karnival yang diadakan khas untuk mereka.

Acara tahun ini akan diserikan dengan penyertaan ramai personaliti seperti Amber Chia, Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee dan Owen Yap sebagai duta larian.

Kutipan Amal Melebih RM100,000

Karnival Larian Amal MRCA 2017

Menurut Dato’ Choi Wei Yee, selaku Pengerusi Penganjuran Karnival Larian Amal MRCA 2017,

Beliau berasa bangga dengan kejayaan penganjuran karnival larian kali ini, dimana ia berjaya mengumpul kutipan amal melebihi RM100,000 yakni jumlah sasaran yang ditetapkan.

Memasuki edisi ke-4 penganjurannya, beliau berharap dana dari kutipan amal ini mampu mengukir senyuman pada wajah anak-anak dan warga emas dari rumah kebajikan yang terpilih. Antaranya ;

  • Rumah Charis,
  • Angel Homes,
  • Good Kids,
  • Juara Home,
  • Ace Lighthouse Academy Bhd,
  • Kiwanis Club of Kluang Mandarin,
  • Home of Love,
  • Rumah Sayangan,
  • Persatuan Insan Istimewa Cheras,
  • Good Samaritan Homes.

Karnival Larian Amal MRCA 2017

Sejumlah 34 trofi dan hadiah yang bernilai sebanyak RM40,000 telah dimenangi oleh pemenang kategori Terbuka Lelaki (10.8km), Veteran Lelaki (10.8km), Terbuka Wanita (10.8km), Veteran Wanita (10.8km) dan Larian Berpasukan dimana 4 orang peserta dalam satu pasukan perlu berlari sejauh 900 meter secara berganti-ganti.

Setiap pelari yang berdaftar menerima sehelai baju kemeja-T mikro-kering, nombor bib peribadi, pingat penamat “berbentuk C” yang direka khas bersama dengan beg yang dipenuhi dengan barangan yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA), anda boleh layari www.mrca.org.my atau hubungi 03-5882 4333.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top