You are here
Home > Iklan > Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard Bantu Ahli Badan NGO Terlibat

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard Bantu Ahli Badan NGO Terlibat

Majlis Pelancaran Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard
Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program ini menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan NegaraKu.

Ianya merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Majlis Pelancaran Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard

Menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin,

Melalui Kerjasama dan Perlantikan secara ekslusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

Ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan Kerajaan, Masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Dato’ Chew Chee Seng berkata,

Program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

Managepay Systems Berhad mengendalikan sistem pembayaran bagi memudahkan pedagang atau peniaga untuk menerima kad kredit, debit, kad kesetiaan dan nilai simpanan.

Majlis Pelancaran Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard berhubung secara berpasangan dengan Wallet MPay melalui aplikasi MPay dimana segala urusan boleh dilakukan menggunakan telefon pintar.

Aplikasi MPay kini boleh dimuat turun ke telefon pintar anda melalui Google Play & Apps Store melalui carian ‘MPay’.

Juga terdapat ciri baharu yang membolehkan pengguna untuk menderma melaluinya sekiranya ada pengguna lain mengalami musibah. Fungsi broadcast messaging turut tersedia untuk memudahkan berkongsi maklumat sesama pengguna.

Ianya selari dengan pertubuhan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang dibentuk melalui gabungan golongan sukarelawan profesional bertujuan berkongsi idea dan kepakaran dalam melahirkan program kemasyarakatan berteraskan pendidikan dan kebajikan.

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai keistimewaannya bila menggunakan aplikasi ini.

Majlis Pelancaran Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard

Buat masa ini, Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard hanya dibuka kepada ahli-ahli NGO melalui badan NGO masing-masing mulai Disember 2017.

Mana-mana NGO yang mempunyai ahli berdaftar untuk memiliki Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard melebihi jumlah yang dinyatakan. Mereka layak meletak logo NGO mereka sendiri pada kad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, anda boleh layari www.kadnegaraku.com.my

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard Bantu Ahli Badan NGO Terlibat

Leave a Reply

Top