You are here
Home > Iklan > Pencukur Wanita Gillette Venus ComfortGlide White Tea Diperkenalkan di Malaysia

Pencukur Wanita Gillette Venus ComfortGlide White Tea Diperkenalkan di Malaysia

Gillette Venus ComfortGlide White Tea

Procter & Gamble secara rasmi melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea di Malaysia.

Pada majlis itu juga, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, selaku pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.

Rangkaian produk Gillette Venus ini boleh didapati di Malaysia.

Ia direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah.

Gillette Venus ComfortGlide White Tea

Gillette Venus ComfortGlide White Tea yang dilancarkan di acara tersebut direka dengan bar
pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur.

Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif.

Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.

Gillette Venus ComfortGlide White Tea

Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara.

Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat.

Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran
saya tidak lagi rumit
,” – Farah Ann.

Rangkaian produk Gillette Venus ? kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Mydin, Guardian dan sebagainya.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top