You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > IJM Land Anjur Fit & Foodie Carnival 2017 Pada 19 November di Seremban 2

IJM Land Anjur Fit & Foodie Carnival 2017 Pada 19 November di Seremban 2

IJM Land Seremban 2 Fit & Foodie Carnival 2017
Sesuatu yang menarik bakal menemui warga Seremban 2 tidak lama lagi.

IJM Land akan menganjurkan karnival tahunan mereka buat penduduk yang berada di sekitar Seremban 2 dengan tema ‘Fit & Foodie Carnival 2017’.

Ia bakal berlangsung pada 19 November 2017 (Ahad) dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga.



Karnival ini memberi fokus kepada makanan dan kecergasan untuk mengalakkan kehidupan seimbang kepada komuniti masyarakat sekitar Seremban 2 dalam penjagaan pemakanan dan juga kesihatan.

Pemilihan tema ini bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat Malaysia ketika ini yang ingin meluangkan lebih masa beriadah dan makan makan berkhasiat bersama keluarga atau rakan-rakan dalam masa yang sama menjalinkan kehidupan yang lebih sihat.

Pasti ianya menjadi hari paling menarik terutama bagi kaki makan yang menantikan pelbagai jenis makanan yang turut dijual dari pelbagai trak makanan dan gerai yang turut serta. Kesemuanya boleh dibeli dengan harga istimewa menggunakan kupon yang disediakan oleh pihak IJM Land sewaktu karnival berlangsung.

Sekaligus menjadi ia salah satu platform untuk mengeratkan hubungan kekeluarga dan silatulrahim dikalangan komuniti Seremban 2.

Penampilan Istimewa Juara Masterchef & Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik

IJM Land Fit & Foodie Carnival 2017 at Seremban 2
Karnival Fit & Foodie ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Dato’ Chef Fazley Yaakob, Juara Masterchef Selebriti Malaysia dan juga Goh Liu Ying, selaku pemenang pingat Perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Dato’ Chef Fazley Yaakob akan berkongsikan akan membuat demotrasi masakan dan mengajar pengunjung bagaimana caranya untuk menikmati makanan yang mereka suka dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Manakala Goh Liu Ying pula, akan berkongsi pendapat tentang gaya hidup sihat dan bagaimana anda semua boleh menyusun jadual mingguan untuk mengurungkan tekanan. Tidak lupa juga tip untuk meluangkan sedikit masa berehat pada setiap hari.

IJM Land Fit & Foodie Carnival 2017 at Seremban 2

IJM Land Fit & Foodie Carnival 2017 at Seremban 2

Bukan itu sahaja,

Pengunjung juga berpeluang menyertai pencarian ikon ‘Ms. and Mr. Fit Fashion’ atau sertai pertandingan ‘Best Jazzercise Dance'(gabungan senaman aerobik dan tarian kecergasan), pertandingan mewarna, ‘Conto Corner Contest’ dan juga gerai permainan yang menawarkan hadiah menarik untuk anda menangi.

Pastikan anda datang dengan pakaian yang bersesuaian. Ini kerana terdapat juga aktiviti lain seperti Wall Climbing, Kinetic Cycling, Bungee Run dan Zumba.

Tidak lupa juga giant bubbles dan photo booth turut disediakan buat semua pengunjung.

Cabutan Bertuah Buat Penduduk IJM Land Seremban 2

Satu lagi kemuncak dalam karnival ini ialah sesi cabutan bertuah yang didedikasikan buat pembeli hartanah IJM Land dengan 30 hadiah untuk dimenangi termasuk iPhone terkini.

Ada tawaran istimewa bagi mereka yang berminat untuk membeli hartanah IJM Land pada 18 dan 19 November, di mana anda boleh mendapatkan rebat tambahan melalui membeli mana-mana hartanah IJM Land.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini , anda boleh layari facebook Event IJM Land Fit & Foodie Carnival 2017 atau hubungi Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 di talian 1 800 222 456.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “IJM Land Anjur Fit & Foodie Carnival 2017 Pada 19 November di Seremban 2

  1. Fuhhh macam jauh je Lokasi. Tapi seronok aktiviti sukan camni. Ruby memang suka. Takpelah, nanti cuba next time. Harap2 dekat skit ngan rumah. Hehe.

Leave a Reply

Top