You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Program Realiti Pertandingan Masakan Versus 1001 Rasa BABA’S Kini Kembali

Program Realiti Pertandingan Masakan Versus 1001 Rasa BABA’S Kini Kembali

Versus 1001 Rasa BABA'S
Program realiti pertandingan masakan paling berjaya yang diterbitkan oleh BABA’S, Versus 1001 Rasa BABA’S kini kembali menemui anda.

Ianya akan ditayangkan di TV3 setiap hari Khamis pada pukul 5:35 petang bermula 26 oktober 2017 dan ulangnya pula pada setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula pada 30 Oktober.



Program memasak ini akan menggunakan format dimana setiap peserta yang terdiri daripada orang awam yang meminati dunia masakan akan digandingkan dengan seorang mentor dimana mentornya hanya akan memberikan arahan daripada jauh dan peserta akan mendengar arahan yang diberikan oleh mentornya.

Dah macam korang memasak sambil dengan mak korang membebel suruh korang buat itu ini dekat belakang he…23x

Mentor ini hanya akan memberikan arahan tanpa dibenarkan menyentuh perkakas masakan yang disediakan semasa perlawanan berlangsung.

Semua menu yang disediakan adalah dengan menggunakan bahan daripada produk BABA’S.

Program realiti Versus 1001 Rasa Baba’s ini diacarakan oleh Chef Kamarul dan juga Chef Adu dimana mereka berdua ini akan bertindak sebagai pengacara dan sekaligus akan meriuhkan lagi dapur bagi program ini.

Masa yang akan diberikan bergantung kepada tahap kesusahan untuk menyediakan menu tersebut.

Hidangan yang dihasilkan akan menerima dihakimi oleh beberapa selebriti dan juga blogger makanan – Maha Mahu.

Setiap resepiyang terpilih sebagai pemenang bagi setiap pusingan akan disempurnakan oleh pasukan BABA’S dan dipersiapkan untuk ke fasa seterusnya dalam pertandingan ini.

4 Resepi Terbaik dibawa kembali untuk memasuki pusingan akhir dan peluang untuk memenangi Hadiah Utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000!

Versus 1001 Rasa BABA'S

Bagi peminat BABA’S pula, anda berpeluang untuk mendapatkan resepi dan memenangi hadiah berupa wang tunai dengan melayari Facebook BABA’S & U.

Tahun ini, BABA’S telah menyambut ulangtahunnya ke-40, mereka menyediakan pelbagai jenis kempen dan juga acara. Menariknya, mereka menawarkan 50 tiket ke Gold Coast, Australia kepada followers setia facebook Baba’s & U (Jangan lupa follow)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Program Realiti Pertandingan Masakan Versus 1001 Rasa BABA’S Kini Kembali

Leave a Reply

Top