You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > The Pantheon – Arena eSport Pertama Diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia

The Pantheon – Arena eSport Pertama Diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City
Ada tak kaki game dekat sini yang aktif / ingin aktif dalam arena eSport di Malaysia atau antarabangsa?

Bro ada berita baik, dimana anda kini boleh merasai pengalaman permainan premium menerusi pelancaran The Pantheon – arena eSport Platinum pertama yang diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia.



Terletak di One Space One City @ The Square, The Pantheon dibina di ruang berkeluasan lebih 10,000 kaki persegi, khusus untuk menyediakan pengalaman permainan terbaik untuk segenap pemain.

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One CityKami amat berbangga kerana menjadi iCafe Platinum pertama diiktiraf NVIDIA yang sedia eSport di Malaysia.

Menerusi pelancaran The Pantheon, kami berharap untuk menyediakan pengalaman unggul kepada pemain permainan video di Malaysia dengan peralatan berteknologi terkini/em>.

Pada masa yang sama, masih mengekalkan penawaran harga yang berpatutan agar lebih ramai pemain dapat menikmati kepelbagaian yang kami tawarkan,” – Franky How, Pengarah Urusan The Pantheon.

The Pantheon bakal menjadi pusat tumpuan bagi pemain permainan video di negara ini.

Para pengunjung The Pantheon dapat menikmati pengalaman bermain berteknologi terkini yang lengkap dengan 116 komputer peribadi (PC), sebuah auditorium dan peranti persisian seperti Zon Pengalaman VR, Simulator Perlumbaan, Zon PS4 dan pelbagai tarikan lain pada masa akan datang.

Anda juga berpeluang menikmati pengalaman bermain unggul dengan GTX 1060 atau GPU lebih tinggi bersama paparan G-sync 27 inci, 144hz dengan lebih 30 peralatan atau komponen bermain terbaik daripada jenama-jenama terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republic of Gamers.

Dekati Peranti Permainan Terkemuka

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City
Gambar : Syafiera Yamin, Si Kaki Dota.

Terdapat enam bilik pengalaman yang dilengkapi dengan enam komputer peribadi dalam setiap bilik bersama jenama-jenama peranti permainan terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers.

Bilik-bilik ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman 360 kepada peminat jenama, di samping menyediakan peluang untuk mencuba produk terbaharu jenama terlebih dahulu sebelum pembelian.

Selain itu, bilik-bilik peribadi turut disediakan untuk menyediakan persekitaran tanpa gangguan untuk pasukan permainan video yang mahu berlatih secara bersendirian.

Anjur Pertandingan Tarik Minat Umum Kepada eSport

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City
Sejak pelancaran awal pada 29 September 2017, The Pantheon telah menganjurkan pelbagai pertandingan permainan video terkenal seperti Pusingan Kelayakan TML oleh Celcom dan Pusingan Kelayakan NVIDIA GEXT.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, bakal diadakan beberapa lagi pertandingan penting di The Pantheon termasuk Asus Join the Republic.

Matlamat The Pantheon, bukan sekadar menaikkan nama Malaysia dalam Arena eSport melalui kemudahan terbaik yang disediakan, bahkan ia akan membolehkan negara untuk menyemai bakat-bakat pemain kelas dunia yang ada.

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City
Bagi penggemar permainan video, anda boleh menyertai program keahlian eksklusif yang ditawarkan di The Pantheon.

Beberapa keistimewaan yang disediakan buat mereka yang menyertai program keahlian eksklusif The Phantheon. Ianya termasuk akses ke Zon PS4 secara percuma apabila anda membuat pembelian makanan dan minuman berharga melebihi RM5.

Menarik bukan?

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City

Juga turut disediakan ruangan kafeteria untuk pengunjung lepak berehat atau inginkan tempat untuk bermain permainan game melalui telefon pintar.

Perkhidmatan WiFi turut disediakan bersama plug pengecas pada setiap meja.

Harga untuk pelbagai zone yang boleh anda lawati di iCafe The Pantheon :-

  • PC Experience Zone RM5 sejam
  • Premium PC Zone – RM7 sejam
  • Racing Simulator Zone – RM30 sejam
  • VR Zone – RM50 setiap 30 minit
  • PS4 Zone – percuma dengan pembelian makanan dan minuman melebihi RM5.

Kekalkan Imej Positif Kepada Masyarakat

eSport Arena - The Pantheon, One Space, One City

Tidak dinafikan, masyarakat masih memandang serong kepada mereka aktiviti seperti ini.

Maka dalam usaha untuk memberikan imej positif terhadap permainan video, The Pantheon hanya dibuka untuk pengunjung berusia 12 tahun ke atas.

Bagi golongan remaja dan para pelajar yang berusia 12 tahun ke bawah hanya dibenarkan di dalam premis sehingga pukul 10.00 malam dengan bimbingan keluarga.

AMARAN : Para pelajar beruniform dilarang untuk memasuki premis berkenaan.

Sekiranya berminat, anda boleh datang ke ;-

The Pantheon
Lot 2-27 ,The Square @One City, 47650 Subang Jaya, Selangor.

Laman web : www.thepantheon.co | Facebook : The Pantheon

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “The Pantheon – Arena eSport Pertama Diiktiraf NVIDIA GeForce GTX di Malaysia

    1. Tapi sekarang nie, kerjaya as gamer mampu jana pendapatan beribu juga sebulan. Belum lagi dapat bonus bila menang pertandingan. If level pertanding bertaraf dunia, hadiah cecah Jutaan USD kot.

Leave a Reply

Top