You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Teater Mahkamah Keadilan Dari Tronoh Teatre Shop UTP Sempena #FTKLS2017

Teater Mahkamah Keadilan Dari Tronoh Teatre Shop UTP Sempena #FTKLS2017

Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017
Setiap kali Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi Petronas (TTSUTP) turun ke Kuala Lumpur sempena pementasan teater, pasti Bro tidak akan melepaskannya.

Tahun ini, mereka turun ke KL buat sekadar mengadakan pementasan teater, bahkan menyertai pertandingan teater sempena Festival Teater Kuala Lumpur dan Selangor 2017 (FTKLS 2017).

Ia berlangsung pada 19 Oktober hingga 11 November 2017 bertempat di Auditorium Kompleks JKKN WPKL, Jalan Tun H.S.Lee Kuala Lumpur jam 8.30 malam.



Festival ini menyaksikan 22 kumpulan mementaskan karya-karya mereka dimana setiap malam teater yang berbeza akan dipentaskan dan diadili.

Teater Mahkamah Keadilan Dari TTSUTP

Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017

Untuk pengetahuan korang, Teater Mahkamah Keadilan merupakan sebuah skrip yang ditulis oleh Taufik Al-Hakim dan Nahmar Jamil, karya dari Timur Tengah.

Bro pernah menonton teater ini yang pernah dipentaskan oleh pelajar UPSI (video di Youtube), cuma gaya penyampaiannya agak berbeza dan dipenuhi dengan humor oleh TTSUTP ini.

Setiap watak, menghidupkan suasana pada setiap scene membuat penonton terhibur dan memeningkan watak utama yakni Tuan Hakim (lakonan Dr. Shamsul Rahman) yang menggunakan kuasanya dalam mahkamah untuk melindungi kepentingan dia sendiri.

Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017

Beliau berpakat dengan Tukang Roti yang telah mencuri itik angsa dari pemiliknya yang telah disajikan kepada beliau.

Dari kes kecurian itik angsa, dibawa kepada peristiwa-peristiwa yang punyai kaitan dengan Tukang Roti menyebabkan ramai orang ingin menuntut keadilan untuk mendapatkan hak mereka dari si Tukang Roti.

Disebabkan kes ini ada kaitan dengan Tuan Hakim, maka beliau menggunakan kuasanya dalam mahkamah untuk memutar belitkan fakta sehingga orang yang datang menuntut keadilan pula yang dikenakan hukuman.
Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017
Kisahnya bermula bila si pemilik itik angsa menuduh si Tukang Roti mencuri itik angsanya (yang sememangnya dah dicuri yang sedang dimasak oleh si pemilik itik angda lalu dimakan oleh si Tuan Hakim).

Disebabkan tak nak kantoi,

Tuan Hakim memutar belitkan fakta dengan menyatakan Allah swt membuatkan itik angsa yang sedang dimasak tadi telah terbang. Tak ke pelik.

Siap mempertikaikan asal usul siapa sebenarnya pemilik itik angsa tersebut.

Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017

Perkara ini tidak habis di sini, bila si pemilik itik angsa mengejar si tukang roti sehingga menyebabkan orang luar terlibat sama.

Si gadis cantik (bro lupa nama watak dia / dan dia memang cantik orangnya), terlibat untuk meleraikan pergaduhan ini sehingga matanya buta ditumbuk oleh si tukang roti.

Untuk menuntut keadilan, beliau menemui Tuan Hakim.

Tetapi keadilan yang dituntut diputar belitkan oleh Tuan Hakim sehinggakan hukuman yang diberikan kepada si tukang roti tidak setimpal dengan apa yang bakal beliau korbankan.

Maka si cantik menarik balik tuduhan, malangnya beliau pula dikenakan hukuman kerana tidak menghormati keputusan mahkamah.
Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017
Ini pula melibatkan pasangan badut paling sweet.

Mereka berdua juga terlibat dengan kes pergaduhan antara pemilik itik angsa dengan si tukang roti, dimana si tukang roti telah menendang perut si isteri yang sedang mengandung anak mereka. Lalu keguguran si isteri tadi.

Maka mereka menuntut keadilan dengan apa yang terjadi.

Malangnya, lain pula yang terjadi bila Tuan Hakim memutar belitkan fakta lalu menghasut di suami bahawa anak yang dikandung oleh si isteri bukan anak dia dan menuduh si isteri tadi curang.

Sedangkan si isteri tadi bersyukur sangat sebab keguguran, kerana dia tengah mengandung anak Tuan Hakim hasil kecurangan beliau dibelakang suami selama ini.
Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Kemudian, muncul pula Tuan Sheikh yang turut ingin menuntut keadilan atas kematian saudaranya.

Saudaranya mati ketika sedang sujud didalam masjid ketika si tukang roti berlari memanjat menara dan kemudian melompat jatuh keatas saudaranya.

Maka Tuan Sheikh datang ingin menuntut keadilan, tetapi Tuan Hakim membuat Tuan Sheikh teragak-agak dengan tuntutan beliau lalu menarik balik tuntutannya.

Lalu Tuan Hakim juga menjatuhkan hukuman keatas Tuan Sheikh kerana tidak menghormati keputusan mahkamah yang cuba memberi keadilan kepada saudaranya.

Teater Mahkamah Keadilan - Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017
Rupanya, sepanjang perbicaraan berlangsung di mahkamah, ia turut didengari oleh si Koboi yang duduk disatu sudut dalam mahkamah.

Disebabkan takut menjadi mangsa kekejaman si Tuan Hakim, maka dia menafikan terlibat dengan sebarang kejadian yang telah terjadi.

Malangnya, Tuan Hakim lebih bijak memutar belitkan fakta sehingga dia sendiri turut terjerbak dan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada beliau juga.

Hahahahaha

*****

Akhirnya, semua kes dimenangi oleh si Tukang Roti, maka si tukang roti inginkan sedikit wang dari jumlah denda yang dikenakan.

Maka Tuan Hakim menggunakan pengaruhnya untuk menghapuskan si Tukang Roti.

Bergambar Bersama Pelakon Teater Mahkamah Keadilan

Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Teater Mahkamah Keadilan Festival Teater Kuala Lumpur Selangor

Bagi anda yang berkelapangan, jom turun ke Auditorium Kompleks JKKN WPKL setiap malam untuk memberi sokongan kepada peserta yang bertanding.

Tiket boleh hubungi setiap pasukan yang bertanding atau walk-in (itu pun jika tiket x sold-out)

Info lanjut mengenai Festival Teater Kuala Lumpur dan Selangor 2017, anda boleh layari Facebook JKKN WKL (yang hidup segan, mati tak mahu).

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Teater Mahkamah Keadilan Dari Tronoh Teatre Shop UTP Sempena #FTKLS2017

  1. Bawa kanak-kanak mesti diorang pun suka tengok katektor yang dibawa atas pentas teater . Dah lama CCL tak spend time duduk depan pentas tengok teater ni .

  2. Amboi makeup dan custome pelakon sangat berkesan memang memberi kelainan dalam persembahan kali ini bagus lah good luck untuk semua pelajar UTP. Kita suka juga belakon teater ini tapi tak ada peluang ehhh hehehehe…

  3. Lama tak tengok teater, mmg terhibur saksikan pementasan Mahkamah Keadilan ni. Mereka berjaya membawa watak dgn sepenuh jiwa. Terhibur hingga ke akhir persembahan. Thanks bro invite kita tengok teater ni 😀

  4. Oh pertandingan rupanya. Orang kata, nak tahu seseorang pelakon tu bagus atau tak tengok dia boleh berlakon teater tak. Mesti seronok dapat tengok pementasan-pementasan yang lain.

Leave a Reply

Top