Kenapa Rezeki Tak MurahRezeki kita tidak sama, kawan.

Banyak, sikit, lambat, cepat, semuanya aturan Tuhan. Kita semua punya bahagian. Jangan persoalkan.

Nampak beberapa post rakan-rakan difacebook yang seperti mempertikaikan rezeki orang lain.

Kita perlu ingat, rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang ringit. Adakalanya ia datang dalam bentuk zuriat, kesihatan mahupun kehadiran orang yang tersayang.

Mungkin hari ini kita tiada wang ringit, tetapi dikurniakan zuriat. Sedangkan orang lain, punyai harta yang banyak tetapi tidak dikurniakan zuriat.

Begitu juga yang sebaliknya.

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa rezeki anda tidak murah? Malah lebih sukar untuk merasai rezeki dan terasa kesempitan hidup.

8 Cara Membuka Pintu Rezeki

Kunci Kepada Pintu Rezeki

Di sini Bro ingin kongsikan 8 cara untuk anda membuka pintu rezeki. Harap anda sudi amalkan, dan sebarkan kepada untuk kebaikan bersama.

Apa yang Bro kongsikan ini, boleh dianggap sebagai rezeki anda, tak luak pun jika dikongsikan.

Apa caranya untuk membuka pintu rezeki?

  1. Utamakan perkerjaan yang halal dan jauhkan yang haram.
  2. Jauhi perkara yang syubhat
  3. Bersangka baik dengan perancangan Allah SWT
  4. Sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah SWT
  5. Selalu bersabar, bersyukur dan Istighfar bila ditimpa bencana
  6. Berikhtiar dan jangan berputus asa
  7. Berdoa dan beribadah
  8. Perbanyakan infaq dan bersedekah

Seeloknya, bukan sekadar buat salah satu daripadanya. Ada baiknya jika anda mampu membuat kesemuanya sekali.

Rezeki Allah SWT itu luas,

Cuma kenkadang disempitkan untuk menguji tahap keimanan kita kepadanya. Biasalah, kita selalu terlupa kepadaNya bila senang, bila susah baru tercari.

Kalau anda perasan, kebanyakan orang yang hidup tenang dan dimurahkan rezeki mengamalkan Rahsia Bersedekah dan juga menjaga Solatnya.

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017

Teringit pesan puan isteri tadi, “Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang”

Termenung Bro seketika.

Sambil pandang kedua anak Bro, Fisha dan Fyna.

Lalu Bro pandang muka puan isteri, “Tapi, kalau kita tak buat orang, macam mana dorang berdua nak ada adik?”

Yang benar,
Bro Framestone – Bapak Termenung Memikirkan Masa Depan Dalam Bilik Termenung.