April 18, 2024

Marah Bila Barista Starbucks Salah Tulis Nama Pada Cawan?

City Bloggers Drive - Honda Family Road Trip
Bro seorang peminat kopi dan Starbucks salah satu lokasi mengopi pilihan Bro terutama bila lepak dengan klient ataupun menumpang internet FREE.

Tapi tak de la free mana pun. Perlu order air, then akan dapat password WiFi tercetak pada resit pembeliannya.

Kadangkala singgah juga drive thru sekiranya memerlukan kopi sebagai peneman ketika memandu.


Barista Starbucks Salah Tulis Nama

Baru-baru ini di twitter, ada satu kes dimana seorang wanita telah memuat naik gambar secawan kopi Starbucks dengan caption yang ‘kurang enak’ melepaskan kemarahan dek kerana si barista tersalah tulis nama dia.

Rasanya kes seperti ini bukannya jarang terjadi, bahkan dah kerap terjadi betahun-tahun lamanya sama ada disengajakan atau tidak sengaja oleh barista Starbucks bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

1st time minum Starbucks ke cik adik oiiiii…!!!

Nama Bro sebenar Syukri (yang sedap dan lembut disebut), pun kenkadang orang salah eja, terutamanya kerani sewaktu sekolah dulu. Dekat U pun sama juga, kebanyakan menulisnya sebagai Shukri dan bukannya Syukri.

Lebih hari lagi, bila dibubuhnya ‘Mohd’ or ‘Mohammad’ dihadapannya.

Maaf, nama Bro just Syukri sahaja. Tiada Mohd/Mohammad, Ahmad atau seangkatan dengannya. Dr. & Dato’ semua pun tiada lagi buat masa nie (Tak mampu nak beli)

Starbucks and Robocop

Dalam kes ini, kalau rasa tak nak si barista tersalah tulis nama korang pada cawan Starbucks. Better guna nama yang ringkas dan mudah untuk di eja.

Contoh macam Bro.

Asal order je, dorang akan minta nama dan Bro akan request mereka tulis nama Bro as ‘BRO’. Maka, memang jaranglah orang akan tersalah eja. Kalau tersalah pun, mungkin akan jadi ‘BERUK’ (Ok, fine… kalau terjadi macam nie, Bro memang akan mengamuk juga he…23x)

Jangan pula korang bagi nama panjang untuk dorang eja walaupun nama korang memang gempak. kebarangkalian untuk salah tulis itu tinggi.

Kalau ada nama singkatan, itu lagi baik…

Macam member Bro yang merupakan pengemar kopi. Asal pergi Starbucks di suruh tulis nama DN. Jarang la tersilap, tak kan la barista nak tulis jadi ‘The End’ pula kan.

Tulis Nama & Salah Tulis Nama Merupakan Strategi Pemasaran Starbucks

Seperti Bro nyatakan sebelum ini, kes seperti ini, bukan pertama kali terjadi. Tak kisah orang salah tulis nama atau tulis nama betul tetap orang akan muat naik gambar mereka menikmati Starbucks di laman sosial.

Cuma, kalau tersalah tulis nama lebih memberi impak kepada post berkenaan.

Ye la, siapa tak marah kalau nama sendiri orang salah tulis. Lebih-lebih lagi bila nama itu menjadi bahan jenaka (Korang masa kecil pun suka main nama bapak orang sampai member sendiri pun merajuk tanak kawan). Member sendiri pun akan gelak guling-guling bila rasa nama rakan dorang itu kelakar.

Tapi, tau tak korang apa yang si barista itu lakukan, lebih kepada ‘strategi pemasaran Starbucks tanpa disengajakan’ paling mudah dan dekat dengan korang tanpa keluarkan banyak kos he…23x

Ini juga salah satu strategi untuk membuat pelangan rasa dekat dan selesa dengan layanan yang diberikan dan tidak terlalu tertekan. Kita pun akan ketawa bila tengok nama kita dah la tersalah eja, tapi nampak kelakar pada diri sendiri.

Bukan setakat jenama dapat diperkenalkan bahkan ianya menjadi bualan setiap orang hampir setiap hari diseluruh dunia.
Percutian Jimat Saya - Singapura

Teringat sewaktu Bro Bercuti Seharian di Singapura (tanpa melanggan pakej rooming) terpaksa lepak di Starbucks di Universal Studio Singapore semata-mata nak pakai Wifi FREE.

Ingatkan Bro dan memember je yang berperangai macam itu. Sekali ramai pula yang turut serta sampai xde tempat duduk dekat luarnya.

Bicara Bro : Kadangkala si barista bukan setakat tulis nama, bahkan letak beberapa ayat seperti ‘Have a Nice Day..!!’ pada cawannya. Tapi kalau Bro jadi baristanya, if yang datang itu seorang awek dan nampak single atau tengah kecewa, Bro letak no tepon Bro terus. Mana tahu, ada jodoh ke kan.

Sebab member Bro ada cakap, setiap kali dia pergi Starbucks selalu nampak gadis-gadis duduk sensorang melayan perasaan sambil layan wifi free dan dia juga salah seorang daripadanya he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Marah Bila Barista Starbucks Salah Tulis Nama Pada Cawan?

  1. betul tu bro..
    suami saya pun sukaati dia ja tyiap2 kali ngopi kat starbucks ke coffee beans ka mesti dia guna nama john….
    hahhaha
    john la sangat….

Leave a Reply to Rawlins GLAM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *