You are here
Home > Terkini > Tip Dan Panduan Asas Bagi Mengajar Anak Anda Berenang

Tip Dan Panduan Asas Bagi Mengajar Anak Anda Berenang

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Lebih kurang 2-3 bulan sekali, pasti Bro akan bawa anak-anak bermandi manda di kolam renang.

Mereka berdua memang suka bermain dengan air. Sekiranya nak menginap dihotel, mesti mencari hotel yang punyai kolam renang, tak pun bath tab.

Kalau tidak, sepanjang malam kena pujuk mereka berdua.

Kebanyakan gambar dalam artikle ini diambil sewaktu kami menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tip Dan Panduan Bagi Mengajar Anak Berenang

Panduan Ajar Anak Berenang di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Sebenanrnya, untuk pandai berenang, ada perkara-perkara asas yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti kaedah kawalan pernafasan, body streamline, kaedah menendang dan menolak air dan sebagainya.

Kemahiran berenang, adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dengan tertib. Maksudnya, ada teknik-tekniknya yang perlu dipelajari.

Hari ini, Bro ingin kongsikan beberapa tip & panduan untuk mengajar anak anda berenang (Tip ini berdasarkan pembacaan + pengalaman Bro).

  • Pilih lokasi bersesuaian untuk mengajar anak berenang (Bro dulu, bapak campak dalam sungai – port buaya kot).
  • Pemilihan pakaian sewaktu berenang juga penting, pastikan ia tidak menyerap air (jadi berat bila basah), takut memberi beban kepada kanak-kanak ketika berenang.
  • Bermula dengan asas, mandi dikawasan lebih cetek sebelum bergerak ke kawasan lebih dalam.
  • Sekiranya anak agak takut-takut (water confident rendah), biasakan mereka menggunakan pelampung. Pastikan pelampung yang digunakan, selesa buat mereka. Kemudian biasakan mereka berenang menggunakan pelampung berjauhan sedikit dari anda.
  • Bila water confident mereka tinggi, anda ajar mereka berenang menggunakan pelampung, sama ada berenang kehadapan atau menghala kepada anda atau ke arah lain.
  • Pastikan anda membenarkan mereka untuk berehat sebentar sebelum menyambung semula. Takut mereka terlalu penat didalam air, dan mula hilang fokus. Ini memudahkan mereka untuk lemas.
  • Diakhir sesi, ajak mereka berenang tanpa menggunakan pelampung dibawah pengawasan anda. Sama ada mereka berpaut pada anda atau anda memegang mereka sambil mengajar mereka untuk mengapungkan diri tanpa menggunakan pelampung.
  • Kerap lakukan berulang kali agar mereka biasa dan tidak perlu berpaut kepada anda.
  • Selamat mencuba.

Panduan Ajar Anak Berenang di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Panduan Ajar Anak Berenang di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Penafian : Tip diatas merupakan apa yang Bro buat kepada anak Bro untuk tinggalkan water confident mereka. Anda digalakkan pelajari dari mereka yang lebih pakar.

Atau, anda boleh dapatkan panduan berenang melalui banner dibawah ini.

Tahukah anda, bayi yang baru lahir sudah boleh diajarkan berenang?

Biar betul..!!!! Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan air (ketuban) sepanjang berada selama 9 bulan di dalam perut ibu. Sebab itu ada ibu bapa yang memilih untuk bersalin didalam air.

Apabila usia mereka menganjak ke 4 bulan, bayi sudah mempunyai refleks menyelam.

Maksudnya, bayi akan sendirinya tahu bagaimana ingin berenang tanpa menelan air. Jadi, usia bayi ketika inilah yang sangat ideal untuk diajarkannya berenang (Pastikan ia dibawah pengawasan orang dewasa).

Namun begitu, otak anak-anak semakin berkembang dan refleks ini akan hilang apabila usianya meningkat.

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Perkara ini yang terjadi kepada anak sulung kami berbanding dengan si adiknya yang tiada masalah untuk mandi dikawasan air dada (Tetapi dia ada habit suka buat2 terjatuh semata2 nak minum air kolam) – Tetap kena berada dibawah pengawasn orang dewasa.

Mungkin kesilapan pertama kami bawa dia mandi laut dulu, terus trauma sampai sekarang.

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Kalau ikutkan si adik memang dari kecil tiada masalah untuk mandi dikawasan yang dalam sedikit (had dada dia) tanpa pelampung.

Berbeza dengan akak dia.

Ada pelampung ke tak ada. Dia tak berani, sebab trauma he…23x

Harap dimasa hadapan, mereka ini mampu jadi atlet renang / terjun negara, siapa tahu. Ke nak jadi atlet silat, memanah, boling padang or balapan macam daddy dorang?

Iklan : Ebook Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah Pada Harga RM20

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Sebenarnya aktiviti seperti ini baik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Ia juga merupakan salah satu pendidikan luar kelas (luar rumah juga) untuk mengajar anak erti disiplin supaya tiada kesilapan yang memudaratkan terjadi kepada mereka sekiranya cuai.

Selamat mereka berdua mendengar kata.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Tip Dan Panduan Asas Bagi Mengajar Anak Anda Berenang

  1. Wah nice tips bro..anak saye pantang nmpk air..tau tau dah nangis if angkatdia keluar dr pool..kaki dia syok dok tendang air hahahha..tp mak dia plak tak bg mandi lama2..

    1. Sama la, anak Bro pun pantang nampak air juga… Tapi selamat dorang tahu bila perlu stop mandi dan bila boleh sambung mandi.

      Kenkadang pernah sampai kebiruan hahahah

  2. Dah lama saya nak belajar berenang. Cuma parents saya ni overprotecting. Takut sangat saya berenang. adehh

    Apa boleh buat. Sebagai anak yang baik, terpaksa ikut cakap.

    Ada kawan saya dari semporna, masa kecil lagi dah kena buat kat laut..

Leave a Reply

Top