You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > 11street Lancar Kempen Akhir Tahun ‘Shocking? YES!’ Dengan Tawaran Mengejutkan

11street Lancar Kempen Akhir Tahun ‘Shocking? YES!’ Dengan Tawaran Mengejutkan

11street Lancar Kempen Shocking YES
11Street telah melancarkan kempen akhir tahun mereka yakni ‘Shocking? YES!’ hari ini di Aloft Hotel, Kuala Lumpur

Pelancaran Kempen ‘Shocking? Yes!’ ini bertujuan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan kepada pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan.

Turut hadir untuk menyaksikan pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’ adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan,
Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM).

Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11streetSebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan.

Bagi 11street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat secara ketara iaitu sebanyak dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016.

Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sektor e-dagang di negara ini.” – Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street.

Kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street – ‘Shocking? YES!’ ini dilihat berkerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa.



Ia turut memperkenalkan 100,000 Tawaran dijamin dengan Harga Terendah beserta perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

rangkaian produk Global 11Street.jpg

Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian.

Antaranya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi.

Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen ‘Shocking? YES!’ dan Tawaran Mengejutkan, anda boleh layari www.11street.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “11street Lancar Kempen Akhir Tahun ‘Shocking? YES!’ Dengan Tawaran Mengejutkan

Leave a Reply

Top