You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Filem Komedi Romantik Kolestrol Vs Cinta Tampil Tiz Zaqyah & Kamal Adli

17,684,432 total views, 5,558 views today

Filem Komedi Romantik Kolestrol Vs Cinta Tampil Tiz Zaqyah & Kamal Adli

Kolestrol Vs Cinta merupakan filem ke-119 terbitan Metrowealth (MIG) yang menampilkan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama.

Filem komedi romantik arahan Eyra Rahman ini akan mula ditayangkan dipawagam Malaysia dan Brunie bermula 14 September 2017.

Ia turut dibarisi oleh beberapa pelakon lain seperti Vicha Saywho, Ardell Aryana, Anam Azizani dan Dayang Areeda serta penampilan istimewa Faradhiya, Achong Sweetchild dan Siti Elizad.
Kolestrol Vs Cinta
Barisan pelakon.

Untuk filem kali ini, MIG turut berkerjasama dengan PROTON Holding Berhad (PROTON) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dimana ia dianggap sebagai satu langkah positif ketika sambutan agak tidak menentu bagi filem Malaysia ketika ini.

Boleh nampak situasi win-win dari kedua pihak dipaparkan dalam filem Kolestrol Vs Cinta ini dimana kereta buatan nasional – Proton Saga & Perdana lebih diketengahkan, begitu juga dengan lokasi pengambaran yang lebih tertumpu di sekitar Bandar Warisan Taiping, Perak dan Pulau Pinang.

Dengan jalan cerita yang tidak terlalu berat dan mudah dihadam membolehkan penonton lebih relax dan menikmati jalan cerita dari mula hingga keakhirnya dengan adegan mencuit hati.

Sinopsis Filem Kolestrol Vs Cinta

Kolestrol Vs Cinta
Filem Kolestrol Vs Cinta ini mengisahkan tentang Krisya (Tiz Zaqyah), seorang pereka fesyen yang berjaya dan memiliki butik di Taiping, Perak.

Beliau juga seorang yang amat menjaga ketrampilan, sesuai dengan kerjayanya.

Mempunyai kehidupan yang sempurna dengan rupa yang cantik, bentuk badan yang menarik dan setiap perlakuannya menjadi perhatian umum.

Kerana obses kepada kecantikan, beliau mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk memastikan dirinya tidak gemuk.

Malangnya beliau sukar untuk jatuh cinta dan menganggap kebanyakan lelaki yang mudah jatuh cinta kepadanya tidak memenuhi citarasa beliau.

Kolestrol Vs Cinta

Semua ini mula berubah bila beliau pertama kali bertemu dengan Irfan (Kamal Adli), CEO sebuah syarikat terkemuka di Malaysia yang bersikap bersahaja dan mampu membuat Karisya jatuh hati.

Malangnya, tidak sedikit pun terdetik di hati Irfan untuk jatuh hati kepada Karisya dan menganggap Karisya agak annoying bila tiba-tiba Karisya meluahkan isi hatinya kepada Irfan. Lebih menyedihkan lagi, bila si Irfan bo layan si Karisya.

Memang terasa si Karisya dengan sikap Irfan sehinggakan dia dapat tahu yang Irfan ini sebenarnya menyukai perempuan yang gemuk dan bersederhana dimana 100% berbeza benar dengan si Karisya.

Demi cinta, Karisya sangup mengorbankan segala kecantikan dan penampilan diri terutamanya bentuk tubuhnya demi memikat hati Irfan.

Sejak itu, kehidupan Krisya mula berubah.

Berjayakah Krisya menawan hati si Irfan? Kenapa Ifran lebih menyukai perempuan yang gemuk dan bersederhana?

Semuanya akan terjawab dalam Filem Kolestrol Vs Cinta yang mula ditayangkan dipawagam Malaysia dan Brunie bermula 14 September 2017.

Spoiler Filem Kolestrol Vs Cinta

Kolestrol Vs CintaHahaha saja nak kongsi spoiler untuk filem ini.

Nampak si Krisya ini macam perempuan tergedik-gedik dalam filem ini, sedangkan beliau seorang yang agak serius, tegas dan profesional dalam kerjayanya.

Disebabkan beliau jatuh cinta, segalanya berubah.

Boleh nampak gayanya seperti orang tengah angau / gila bayang. Tahniah atas lakonan terbaik dari Tiz Zaqyah.

Begitu juga dengan Irfan, seorang yang komited dengan kerjaya dan tiada masa untuk melayan wanita lain, kerana masih menyintai seseorang dimasa lampau beliau (kira macam crush la).

Seorang wanita yang gemuk dan bersederhana yang banyak melindungi dia dari menjadi mangsa buli.

Malangnya wanita tersebut berkahwin dengan orang lain tanpa mengetahui si Irfan punyai hati dan perasaan terhadapnya.

Ini membuatkan pintu hati si Irfan tertutup untuk menerima wanita lain dalam hidupnya.

Apa yang Bro perasan dalam filem ini, ia memaparkan kehidupan lain seorang CEO yang bersederhana gaya hidupnya. Pakai kereta buatan Malaysia tanpa pemandu peribadi, makan di gerai tepi jalan dan suka melakukan aktiviti lasak.

Dalam masa yang sama melayan kehendak si Krisya walaupun rasa annoying gila.

Si Krisya pula setiap hari cuba menawan hati si Irfan yang pasti mampu mencuit hati anda, terutama mereka yang baru nak bercinta atau mereka yang teringat kisah diawal percintaan mereka.

Tahniah buat Eyra Rahman yang sentiasa berjaya menghasilkan babak romantik dalam filem dan drama arahan beliau.
Kolestrol Vs Cinta
Akhirnya timbul dihati Irfan untuk menyintai Krisya, bagaimanapun dia cuba menafikannya dengan menyakiti hati Krisya supaya Krisya menjauhkan diri darinya.

Sehingga satu ketika, crush beliau dulu muncul kembali dihadapanya dengan gaya penampilan yang 100% berbeza dari dulu. Ini buat si Irfan terkejut.

Crushnya berubah dan menjaga penampilan untuk suaminya. Maka disini, Irfan mula sedar bahawa seseorang itu akan sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang mereka sayang seperti mana si Krisya lakukan kerana dirinya.

Maka….

Berjaya atau tidak Ifran mengambil hati Krisya yang mula tawar hati dengan beliau? Sama-sama kita saksikan di pawagam bermula dari 14 September 2017.

Trailer Filem Kolestrol Vs Cinta

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Filem Komedi Romantik Kolestrol Vs Cinta Tampil Tiz Zaqyah & Kamal Adli

Leave a Reply

Top