You are here
Home > Jalan Cari Makan > Nikmati Hidangan Itali di IL Familia Italian Restaurant, Kepong

Nikmati Hidangan Itali di IL Familia Italian Restaurant, Kepong

IL Familia Italian Restaurant
Baru-baru ini Bro berkesempatan bawa teman-teman menikmati masakan itali di La Familia Italian Restaurant milik kenalan Bro yang terletak di Kepong.

Bro perasan disekelilingnya kebanyakan restorant masakan cina memberikan satu keunikan kepada restaurant ini menyajikan sesuatu yang berbeza.

Menurut kenalan Bro,

Restaurant ini sudah beroperasi selama 3 tahun dimana sebelum ini ia dikenali sebagai La Famiglia Italian restaurant tetapi ditukar kepada IL Familia Italian Restaurant bagi mengelakkan kekeliruan dengan perniagaan Food truck yang menggunakan nama yang sama.



Terkini, ia tersenarai diantara 15 lokasi Pasto Terbaik di Kuala Lumpur.

Harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan jumlah potionnya. Jom tengok antara menu yang sempat kami nikmati di sini.
IL Familia Italian Restaurant
Bruschetta A Pomodoro – RM7.90 (Berbaloi Untuk Dicuba)

Hirisan roti dihidangkan bersama potongan tomato berbentuk dadu bersama dengan buah zaiton hitam, bawang putih dan minyak zaiton.

IL Familia Italian Restaurant
Garlic bread RM4.00,
Mushroom soup RM7.50 & Soup of the day (Pumpkin) RM5.50

Untuk starters, kami disajikan dengan Bruschetta (anda patut mencubanya) & Garlic Bread dihidangkan bersama Mushroom Soup dan juga Soup Of The Day (Pumpkins).

Berbaloi untuk anda nikmati sambil menunggu hidangan utama disajikan. Jom kita tengok apa hidangan utama yang disajikan di sini.

IL Familia Italian Restaurant Menu
La Familia pizza RM32.50 – Mesti Cuba

Signature pizza yang merupakan kepakaran chef di sini. Boleh request sama ada inginkan daging lembu atau tidak.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Salmon Linguine @ Linguine e’Salmon RM24.50

Pasta yang dimasak bersama ketulan daging ikan salmon dalam sos tomato pedas buatan sendiri.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Salmon graticola RM34.50 – Mesti Cuba

Daging ikan Salmon yang digril dicurahkan diatasnya sos tomoto pedas buatan sendiri dihidangkan bersama lemon dan salad.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Chicken Graticola RM28.50

Dada ayam yang digril dicurahkan diatasnya sos cendawan bersama kentang goreng dan salad.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Grilled Lamb Rack RM39.50 – Fav Bro & Wife

Tulang rusuk yang digril dihidangkan bersama dengan potato widges, salad dan brown souce. Puan Isteri amat menyukainya.

Next time boleh datang order hidangan ini hanya untuk si dia 😉

IL Familia Italian Restaurant Menu
Baked Lamb Shank RM32.90 – Mesti Cuba

Shank kambing yang dibakar bersama sos berasaskan sayuran dihidangkan dengan adunan pasta dan salad.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Pot Pie Beef

IL Familia Italian Restaurant Menu
La Familia spaghetti RM42.50 – Mesti Cuba + Hidangan untuk 2 orang

Signature hidangan spaghetti makanan laut bersama sos tomato buatan sendiri. Yup, hidangan ini untuk 2 orang.

Amat berbaloi untuk pasangan yang meminati makanan laut bersama.

IL Familia Italian Restaurant Menu
Lasagna Beef & Chicken – (Beef) RM19.90, (Chicken) RM18.90 + (Seafood) RM22.50

Bagi peminat Lasagna, anda boleh cuba Lasagne di Manzo (Beef), Lasagne di Pollo (Chicken) dan Lasagne di Mare (Seafood) di sini.

Ianya masing-masing dibakar bersama sos tomota dan keju Mozzarella.

Tempoh hari, sewaktu Bro makan di sini, boleh nampak kebanyakan yang datang makan bersama keluarga. Berbeza dengan keadaan sewaktu makan tengahari dimana ia menjadi tumpuan mereka yang ingin makan bersama rakan sekerja.

Tidak dinafikan, disebabkan lokasi dan kepelbagaian hidangan menjadikan ia salah satu pilihan untuk mereka mencari kelainan setiap kali bersama keluarga mahupun rakan.

Bagi anda yang ingin menikmati masakan itali, anda boleh datang ke :-

IL Familia Italian Restaurant
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,
Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :

Ikuti Facebook IL Familia Italian Restaurant | Instagram IL Familia Italian Restaurant

Bicara Bro : Tak pasal-pasal Bro belajar bahasa Itali hari ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Nikmati Hidangan Itali di IL Familia Italian Restaurant, Kepong

  1. Wahhhh menariknya menu-menu dia. Paling iday suka and teringin nak makan Chicken Graticola. Portion pon besar. Mushroom soup pon nampak sedap. Nanti nak check la restoran tu. hehehe

Leave a Reply

Top