You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Menginap Bersama Keluarga di Hotel On The Park, Genting Highland

Menginap Bersama Keluarga di Hotel On The Park, Genting Highland

Hotel On The Park, Genting Highland
Apa plan anda tiap kali tibanya cuti sekolah mahupun cuti umum? Ada terasa nak turun Genting Highland bersama kawan-kawan atau keluarga tak?

Jika ada, hari ini Bro ingin memperkenalkan Hotel On The Park, Genting Highland yang pernah viral beberapa minggu sudah di laman sosial.

Apa yang menariknya tentang hotel ini?

Mestilah ada sesuatu yang menarik, kalau tidak macam tak berbaloi je bawa family Bro bercuti dan menginap di sini. Boleh nampak keterujaan anak Bro bila pertama kali melangkah masuk ke dalam bilik hotel.

Kenapa Bro kata mereka teruja bila datang ke sini? Jom kita lihat bilik Bro sewaktu menginap di Hotel On The Park, Genting Highland.

Keunikan Hotel On The Park, Genting Highland Yang Mesra Keluarga

Hotel On The Park, Genting Highland

Hotel On The Park, Genting Highland
Nampak menarik tak bilik Bro sewaktu menginap di sini?

Apa yang korang perasan tentang bilik ini? Nampak lebih luas dan lapang bukan?

Bilik ini hanya seluas 300 kaki persegi tapi mampu memuatkan sehingga 6 tetamu dengan 3 katil bersaiz Queen dalam satu-satu masa.

Lebih ketara lagi, bila jumlah perabot dengan rekaannya menjadikan penggunaan ruang yang amat minima. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua penghuninya.

Hotel On The Park, Genting Highland

Hotel On The Park, Genting Highland

Hotel On The Park, Genting Highland

Pemandangan dari katil sebelah atas.

Memang rezeki dapat duduk bilik yang selesa seperti ini. Anak Bro memang teruja sangat, siap jadikan katil sebelah atas sebagai port mereka untuk bermain masak-masak.

Bagi tak nampak bilik ini terlalu kosong, beberapa perabot hadir dalam bentuk lukisan yang agak menarik dan cute. Langsir dia pun siap ada lukisan guna kapur pada papan hitam.

Eh, yang melekat dekat dinding itu bukan lukisan tau. Tapi itu adalah TV sebenar, yup TV sebenar.

Untuk pengetahuan korang,

Sebelum ini Hotel On The Park kelolaan Resorts World Genting dulu dikenali sebagai Theme Park Hotel yang diubahsuai untuk menampung lebih tetamu yang menginap disini tanpa mengurangkan jumlah biliknya.

Merupakan hotel tertua di Genting Highland dimana ianya dibina pada tahun 70-an dan dikenali sebagai Highlands Hotel sebelum ditukar nama kepada Theme Park Hotel bila taman tema dibina disebelahnya.

Hotel On The Park, Genting Highland

Walaupun ia bangunan lama dengan rekaan agak ‘old school’, dengan pemberiaan nafas baru menjadi Hotel On The Park ini lebih mesra keluarga dan penggunaan ruang secara optimum bagi menampung lebih tetamu walaupun jumlah bilik masih kekal – 448 buah.

Semua ini sebagai persediaan sebelum Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka tidak lama lagi.

Hotel on the Park
Genting Highlands, 69000 Bentong, Pahang, Malaysia

Tel : +603-6101 1118

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel On The Park, anda boleh layari laman web www.rwgenting.com.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Menginap Bersama Keluarga di Hotel On The Park, Genting Highland

Leave a Reply

Top