You are here
Home > Iklan > Advertorial > Menang Churros Percuma Selama Setahun Dari Street Churros Malaysia

Menang Churros Percuma Selama Setahun Dari Street Churros Malaysia

Street Churros Malaysia
Churros percuma selama setahun dari Street Churros Malaysia buat pemenang 2017 National Churros Eating Championship yang berlangsung di Berjaya Times Square.

Makanan dari Korea yang mula dikenali seluruh dunia selepas disiarkan dalam rancangan Running Man kini sudah setahun berada di Malaysia.

Kini, anda tidak perlu lagi ke Korea semata-mata untuk menikmati Churros yang lazat dari Street Churros.

Lebih bertuah lagi, jika anda terpilih untuk menikmati Churros secara PERCUMA selama setahun dari Street Churros Malaysia.



Itu yang dijanjikan buat peserta finalist bagi cabaran 2017 National Churros Eating Championship.

Antara finalist yang bertanding : –

  1. Budget Good Good
  2. Kedai Goreng
  3. Ayam Mee
  4. Big Mouth (team blogger)
  5. Banana Power

Siapakah diantara mereka yang bakal dinorbatkan sebagai pemenang dan dapat menikmatu Churros secara PERCUMA selama setahun?

Street Churros Malaysia

Street Churros Malaysia

Ini adalah churros yang perlu setiap kumpulan habiskan dalam tempoh 20 minit.

Ok fine, kalau Bro yang masuk, Bro bungkus bawa balik. Tak mampu nak habiskan dalam masa 20 minit. Tengok peserta yang join pun ada yang kosongkan perut sepanjang hari untuk bertanding di peringkat akhir ini.

Sesuatu yang mendebarkan bila peserta perlu menunggu lama sebelum pertandingan dimulakan.

Kiranya bagi can kepada peserta untuk persiapkan mental dan fizikal. Tapi dengar cerita, ada yang pergi makan dulu sebelum pertandingan bermula.

Erk…..???

Street Churros Malaysia

Street Churros Malaysia

Street Churros Malaysia

Street Churros Malaysia

Antara aksi peserta yang sempat Bro rakamkan sewaktu pertandingan bermula. Masing-masing tampil dengan strategi masing-masing untuk memastikan pasukan mereka dinorbatkan sebagai juara.

Tapi part selfie tue, bukan strategi untuk menang tau he…23x

Setiap peserta yang bertanding di peringkat akhir ini merupakan pemenang yang telah dipilih melalui beberapa acara saingan yang dijalankan di cawangan Street Churros di seluruh Malaysia.

Street Churros Malaysia

Apa-apa pun tahniah buat Budget Good Good yang dinorbatkan sebagai juara bagi cabaran kali ini. tahniah juga buat semua pasukan yang bertanding.

Diharap, ianya dijadikan acara tahunan yang mampu menarik lebih ramai penyertaan dengan pembukaan beberapa cawangan baru Street Churros di Malaysia.

National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan oleh Street Churros ini turut ditaja oleh Cornery – The Popcon Gallery dan Softree.

Untuk maklumat lanjut mengenai Street Churros Malaysia, anda boleh layari :-

Laman Web : www.streetchurros.com.my | Facebook | Instagram

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Menang Churros Percuma Selama Setahun Dari Street Churros Malaysia

Leave a Reply

Top