You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Identiti Ahli Powerpuff Girl Yang Ke-4 Didedahkan Oleh Cartoon Network

Identiti Ahli Powerpuff Girl Yang Ke-4 Didedahkan Oleh Cartoon Network

4th Powerpuff Girl
Cartoon Network mendedahkan bahawa terdapat ahli ke-4 dalam Powerpuff Girl dan ini mengemparkan satu dunia terumanya kepada peminat setia powerpuff girl.

Mana idaknya, semua ingat hanya ada 3 Powerpuff Girl yang dihasilkan oleh Professor Utonium secara tidak sengaja (sepeti yang dinyatakan pada setiap permulaan cerita kartun ini).



Sejak 20 tahun kartun Powerpuff Girl disiarkan, ia merupakan salah satu kartun fav Bro dari kecil hingga sekarang.

Siap pernah nampak ada seorang akak senior agak fanatik dengan salah satu watak sampaikan warna kegemarannya, potongan rambutnya agak menyerupai salah satu watak Powerpuff Girl.

The Powerpuff Girl

Blossom, Bubbles, dan Buttercup merupakan Powerpuff Girl yang dihasilkan oleh Professor Utonium dimana mereka bertiga hidup untuk melawan penjenayah dan kejahatan yang mengancam bandar Townsville.

Rupanya sebelum Professor Utonium menghasilkan mereka bertiga, beliau pernah menghasilkan seorang lagi Powerpuff Girl bernama Bliss.

Bliss Ahli Powerpuff Girl Ke-4 Didedahkan

Cartoon Network's 4th Powerpuff Girl - BlissTidak dapat dipastikan kenapa dia menghilangkan diri.

Kini beliau kembali ke bandar Townsville dan mengetahui bahawa dia mempunyai 3 orang adik yang mempunyai superpower sepertinya.

Selaku kakak sulung, beliau bergandingan bersama Blossom, Bubbles, dan Buttercup menjadikan Powerpuff Girl mempunyai 4 orang ahli dimana mereka akan berkerjasama menyelamatkan dunia.

Bliss akan membuat penampilan di Cartoon Network (Astro Channel 616) dalam 5 rancangan istimewa, The Powerpuff Girls: Power of Four sepanjang minggu hadapan.

Bagi tayangan perdana bagi 3 episod pertama akan disiarkan pada hari Sabtu, 23 September 2017 pada pukul 11.30 pagi, diikuti 2 episod terakhir pada hari Ahad, 24 September 2017 pada waktu yang sama.

Powerpuff Girl disiarkan di Cartoon Network yang ditayangkan di Astro Channel 616. Untuk maklumat lanjut mengenai Cartoon Network, anda boleh layari CartoonNetworkAsia.com dan Facebook Cartoon Network Asia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Identiti Ahli Powerpuff Girl Yang Ke-4 Didedahkan Oleh Cartoon Network

  1. Ini adalah percobaan. Testing.. Test.. Test.. Haha anak2 akak bertiga memang pebret power puff girls masa dorang kecik2. Siap ada pepatung PPG sorang satu

Leave a Reply

Top