You are here
Home > Contest > Menangi Percutian Keluarga Ke Holland Dengan Friso Gold®

Menangi Percutian Keluarga Ke Holland Dengan Friso Gold®

Holland, sebuah negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold.

Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland!

Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold.

Ladang Royal FrieslandCampina di Holland

Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu yang amat baik bagi Friso.

Sememangnya Friso merupakan syarikat tenusu yang unik kerana mempunyai 20,000 peladang, yang terlibat secara
langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang ini.

Mereka akan memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” – Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.

Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold ® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi.

Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi.

Lembu-lembu di sini diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.

Untuk pengetahuan anda,

Friso Gold menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutri TM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan.

Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan.

Peluang Menangi Percutian Keluarga Ke Holland Dengan Friso Gold®

Menangi Percutian Keluarga Ke Holland Dengan Friso GoldKini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold!

Keluarga yang menang dapat menyaksikan sendiri bagaimana susu Friso Gold dihasilkan.

Bagaimana untuk sertai?

Anda hanya perlu beli Friso Gold Step 3 atau Step 4 untuk mendapatkan point :-

  • 900 gram =15 point
  • 1.2 KG = 12 point

Kemudian jawap soalan yang diberikan dan whatsapp jawapan beserta bukti pembelian anda untuk melayakkan anda memenangi pakej percutian ini.

Penafian : Kumpul point sebanyak yang boleh. Pastikan anak anda berumur diantara 2 – 8 tahun (Pada tahun 2017) dan boleh melancong pada minggu ke-2 bulan September 2017.

Contest ini berlangsung dari 1 Julai – 20 Ogos 2017

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari www.frisogold.com.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Menangi Percutian Keluarga Ke Holland Dengan Friso Gold®

Leave a Reply

Top