March 19, 2024

Jadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Ikon Siber di Lost World of Tambun

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa Bro buat di Lost World of Tambun, Ipoh tempoh hari.

Bro sebenarnya telah dijemput menjadi tetamu jemputan bagi rancangan Ikon Siber yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Rancangan ini menampilkan beberapa individu yang berpengaruh di alam siber (blogger, youtuber, instagramer, konsultan etc) untuk berkongsi cerita sambil memperkenalkan beberapa lokasi menarik di Malaysia.

Untuk slot Bro,

Bro mewakili blogger, untuk berkongsi jatuh bangunnya dan bagaimana Bro mampu bertahan dalam dunia blog selama 11 tahun ini.

Lebih menarik lagi, bila menjadikan blog sebagai salah satu medium menjana pendapatan. Dalam kes Bro, menulis blog merupakan punca pendapatan utama Bro.

Lokasi pengambaran diadakan di Lost World of Tambun, Ipoh selaku penaja lokasi bagi pengambaran selama 3 hari 2 malam ini.

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Mesti korang tertanya-tanya juga siapa tetamu jemputan yang turut dijemput bagi rancangan Ikon Siber ini.

Ok, ini antara tetamu jemputannya. Ada yang korang kenal tak?

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber< Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Tetamu Jemputan Ikon Siber

Rancangan Ikon Siber ini merupakan salah satu rancangan terbitan Kristal Media Group untuk RTM (Belum pasti bila ianya akan ditayangkan)

Pengambaran Ikon Siber di Lost World od Tambun

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Ini dia, pengacara bagi rancangan Ikon Siber, Azhar Zainal.

Bro kenal beliau satu ketika dahulu sewaktu Bro buat liputan beberapa teater underground sekitar Kuala Lumpur dimana beliau sendiri merupakan orang yang berkerja disebalik takbir teater berkenaan.

So tak ambil masa yang lama untuk mencari keserasian sepanjang tempoh pengambaran ini.

Cumanya….

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Hari pertama perlu lakukan aktiviti yang agak mencabar, yakni wall climbing dan juga laluan titi yang mencabar.

Kalau ikutkan, kali terakhir Bro buat sekitar 16 tahun dahulu. Itu pun sewaktu Bro sertai kem kepimpinan di Rejimen Askar Melayu DiRaja. Memang ala tentera terus.

Bro tak de hal. Dulu atlet cuma sekarang nie… Lutut pun dah longgar he…23x

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Aktiviti ini memerlukan kekuatan tangan bahkan mental juga.

Bagus sebenarnya aktiviti ini untuk Bro. Mampu membuat Bro lebih fokus dan kurang melakukan kecuaian. Sebarang kecuaian, takut membawa padahahahaha.

Selain aktiviti diatas, ada lagi satu aktiviti yakni Flying Fox. Malangnya tiada gambar yang diambil.

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Dengan ini, berakhir sudah hari petang pada hari pertama shooting.

Malamnya ada shooting lagi. Tapi aksi berendam dalam kolam air panas. Maaf, tidak gambar diambil ketika Bro beraksi he…23x

Pengambaran Ikon Siber di Lost World of Tambun
Ingatkan hari kedua dah boleh berendam dalam air seawal pagi, rupanya tidak.

Hari kedua boleh dikatakan hampir 3/4 hari dihabiskan dengan shotting sekitar kawasan Lost World of Tambun. Tak sangka besar juga tempat ini dan ada banyak benda yang anda boleh terokai dan rasai disini.

Maaf, hari kedua juga tak banyak gambar Bro ada T-T

Apa kata korang layan video yang Bro muat naik di Youtube Bro Framestone (subscribe sekali kalau boleh) .

Pengambaran Ikon Siber di Lost World of Tambun
Bila petang sikit,

Baru berpeluang beraksi dalam air pula.

Dapatlah sejam dua bermain / berendam dalam air. Itupun dah nampak mimik muka kepenatan (Selalu sehari shoot je dah settle, ini makan berhari pula tue – selamat tak jadi artis)

Pengambaran Ikon Siber di Lost World of Tambun

Akhirnya sampai juga ke malam terakhir.

Cuma malam ini, shooting hanya perlu duduk setempat sahaja. Cuma kenkadang terpaksa stop kejab sebab ada gangguan bunyi dari tram yang lalu he…23x

Kebanyakan pengunjung yang naik tram macam teruja tengok kami tengah shooting he…23x Rasanya mereka ini pengunjung dari luar negara.

Ikon Siber Lost World of Tambun

Sebagai penutup kepada sesi pengambar kali ini, krew dan tenaga kerja akan bergambar beramai-ramai seperti ini. Agak rare juga.

Kebanyakan gambar individu yang berpengaruh di alam siber yang Bro kongsikan diatas tadi merupakan gambar yang diambil sebagai tanda berakhirnya sesi pengambaran mereka.

Dengar cerita krew dan tenaga kerja memang tak rest, mereka perlu shooting non-stop dari satu lokasi ke lokasi lain. Memang kental dorang nie.

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Lost World of Tambun terutamanya Cik Azwa atas tajaan penginapan dan layan yang diberikan buat Bro sekeluarga sepanjang kami berada disini.

Memang tak puas kot. Next time nak datang lagi ke Lost World of Tambun

Pengambaran Ikon Siber Bersama Amirul Mukmim

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun

Bro ingatkan tempoh hari dah habis shoot di Ipoh, rupanya ada part perlu di shoot di KL.

Kali ini, Bro digandingkan dengan Amirul Mukmim.

Jangan cakap korang tak kenal dia (if tak kenal Bro, tak apa… Boleh dimaafkan).

Shooting Rancang Ikon Siber di Lost World of Tambun
Seperti biasa, perlu ada gambar beramai-ramai sebagai bukti kami dah tamatkan pengambaran untuk sesi kali ini.

Insya’lah bila ditayangkan nanti, Bro akan inform pada korang semua ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Jadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Ikon Siber di Lost World of Tambun

    1. Tak la.. Bro bukan dok Ipoh. Cuma dulu bersekolah dekat sana je…

      Kalau ikutkan perancangan asal, Bro shooting dekat Pahang tapi tarikh yang dorang berikan Bro tak available, so tinggal Ipoh je… tarikh lain lagi la x available he…23x

  1. Teringat pulak zaman study kat ipoh dulu. Time tu lost world tambun baru siap. Memang best kat situ… Boleh la tengok rancangan baru tu nanti.. Tak sabar nak tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *