April 19, 2024

Kejohanan DOTA 2 – The Major League Championed by Celcom Tawar Wang Tunai RM300,000

The Major League Championed by Celcom
Berita baik buat kaki DOTA 2 di Malaysia, apabila Celcom mengumumkan penganjuran DOTA 2 Tournament – The Major League Championed by Celcom yang menawarkan wang tunai berjumlah RM300,000.

Kejohanan ini merupakan kerjasama diantara Livescape Group bersama Beatnation, dan disokong oleh Iskandar Investment Berhad.

Pusingan kelayakan akan diadakan bagi memilih pasukan tempatan yang bakal berentap dengan tujuh pasukan antarabangsa bagi memenangi RM 300,000.



Pusingan kelayakan akan diadakan di beberapa kafe siber di Apple Dream net, Orange E-Sport, Blitzone, Digital Fortress, dan The Panteon. Manakala pertandingan terakhir bakal diadakan di Academy Of Esports di Afiniti Medini, Iskandar Puteri, Johor.

The Major League, Championed by Celcom akan berlangsung dari 20 Oktober hingga 22 Oktober 2017.

Buat masa kini, beberapa pasukan telah antarabangsa telah mengumumkan penyertaan mereka. Antaranya Ehome (China), Evos (Indonesia), Clutch (Filipina) dan MVP Revolution (Kyrgyzstan); mana kala 3 pasukan yang lain bakal diumumkan tidak lama lagi.

The Major League Championed by Celcom
Kejohanan ini akan menjadi pertempuran epik pada platform permainan DOTA 2. Ia bertujuan mencari rakyat Malaysia yang berbakat untuk menyertai barisan pemain global.

Tiket The Major League, Championed by Celcom kini boleh ditempah melalui laman rasmi – www.themajorleague.asia.

Iklan : Bagi pelanggan Celcom pula, anda bakal mendapat diskaun 20% untuk pembelian tiket.

Latihan Bootcamp DOTA 2 di Academy of Esports, Iskandar Puteri

Academy of Esports, Iskandar Puteri Kick Off with A DOTA 2 Training Bootcamp
Academy of Esports (AOES), Iskandar Puteri merupakan institusi pendidikan bagi Esport yang pertama di Malaysia bertujuan memartabatkan Esports pada satu tahap lebih tinggi.

Kini ia dibuka secara rasminya untuk pendaftaran daripada pemain yang berminat dan peminat permainan.

Ia menawarkan sijil pengajian dari Iskandar Investment Berhad (IIB) – Peneraju utama dalam transformasi Iskandar Malaysia menjadi metropolis serantau bertaraf antarabangsa.

Akademi ini bakal menganjurkan Latihan Bootcamp DOTA 2 secara PERCUMA dari 9 – 23 Oktober 2017.

Melalui latihan Bootcamp ini, pelajar akademi akan menimba pengalaman dan mempelajari rutin latihan bagi pemain DOTA 2 profesional menerusi pembangunan pemikiran, inspirasi, nasihat dan alat pemenang; Unsur penting yang akan meningkatkan peluang mereka memenangi kejohanan seterusnya.

Kelas akan diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu petang, merangkumi program seperti Ujian Kepribadian, Scrims / Skirmishes, Analisa Pasca-Permainan & Replays, MMR / PUB dan Kejohanan; Ianya akan dipantau oleh jurulatih yang bereputasi, seperti Wilson “ShenGG” Quak, Muhammad “Groov” Yusuf dan Kieran “ZergRush” Lam, bersama pakar dalam industri ini.

Pendaftaran di Academy of Esports kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan juga pelajar antarabangsa.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Kejohanan DOTA 2 – The Major League Championed by Celcom Tawar Wang Tunai RM300,000

  1. Bagusnya ada akademi macam ni. teringin sangat main dota 2 ni. first time tengok final esl one kat genting bulan 1. best sangat.

  2. Fuyooo dasyat nya siap ada akedemi oiii…dulu2 selalu marah kat team mate sebab dia selalu main dota sampai tak tdoq n byk part project side dia tergendala..kalau tau dulu2 gamers boleh sampai tahap ni memang sruh ja dia xyah amik engineering…pi ja main dota serius2

Leave a Reply to Hanny Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *