You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Lebih Jimat Berbelanja di Kedai Rasmi Watsons Pada Aplikasi Shopee

Lebih Jimat Berbelanja di Kedai Rasmi Watsons Pada Aplikasi Shopee

Shopee Watsons Malaysia
Watsons Malaysia telah memperkenalkan kedai rasmi mereka di platform membeli-belah atas talian, Shopee.

Kini, lebih dari 3 juta pengguna Shopee boleh menikmati tawaran istimewa dari Watsons secara online, dan mereka boleh menikmati penghantaran seluruh Malaysia secara percuma bagi pembelian produk kesihatan dan kecantikan dari Watsons.

Sehingga kini, terdapat lebih 2,000 produk boleh didapati di kedai rasmi Watsons di Shopee dan ia dijangka mencecah kepada 5,000 produk dalam tempoh 6 bulan akan datang.



Kerjasama antara Shopee dan Watsons memberikan lebih pilihan kepada pengguna Shopee untuk berbelanja.

Dalam masa yang sama, Watsons juga menawarkan tawaran istimewa setiap minggu dan juga penghantaran PERCUMA. Secara tidak langsung membolehkan produk Watsons mudah diperolehi setiap masa dimana juga diseluruh Malaysia.

Shopee Watsons Malaysia
Untuk menikmati penjimatan berganda,

Pengguna Shopee boleh merancang perbelanjaan sewaktu ‘Watsons Wednesday” – acara mingguan istimewa dengan kerjasama Shopee.

Dengan ini, pelanggan Watsons boleh menikmati tawaran esklusif dan aktiviti menarik setiap hari rabu di Shopee.

Lebih menarik lagi, buat pelanggan dari Pantai Timur, mereka boleh menikmati 20% diskaun bila membeli-belah di kedai Rasmi Watsons di Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai rasmi Watsons di Shopee, anda boleh buat carian ‘Watsons’ di aplikasi Shopee atau laman web – www.shopee.com.my

Apa tunggu lagi?

Muat turun aplikasi Shopee di telefon pintar anda sekarang!!

Bicara Bro : Bro bagitau benda ini pada Puan Isteri, terus dia pergi shopping dekat Watsons melalui aplikasi Shopee, siap dapat free voucher dari Shopee lagi.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Lebih Jimat Berbelanja di Kedai Rasmi Watsons Pada Aplikasi Shopee

Leave a Reply

Top