April 18, 2024

Jaybird Perkenalkan Wireless Sport Headphones Kalis Peluh

Jaybird Wireless Sport Headphones
Jaybird kini memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan “Wireless Sport Headphones” untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak / sukan sambil mendengar muzik.

Jaybird X3 Sports dan Jaybird Freedom merupakan generasi terkini bagi ‘Wireless Headphones’ tanpa headphone jack dan kalis peluh dengan sokongan Bluetooth® 4.1 bagi memberi lebih keselesaan ketika bersukan.

Ia juga menawarkan kualiti bunyi yang dipertingkatan dan pilihan audio yang boleh diselaraskan.

Jaybird Wireless Sport Headphones



X3 Sport Bluetooth Headphones menawarkan bunyi lebih kuat dengan saiz yang lebih kecil. Menjadikan ia yang pertama dalam Siri X yang serasi digunakan bersama topi keledar.

Rekaannya mampu memberi keselesaan kepada telingga anda ketika melakukan aktivti yang lebih mencabar

Jangka hayat bateri mampu bertahan selama 8 jam (jika dicas penuh) dan Bluetooth® 4.1 membolehkan ia berhubung dengan 2 peranti media dalam satu-satu masa.

Anda boleh memuat turun Aplikasi Jaybird MySound pada telefon pintar anda untuk membuat tetapan bunyi pada X3 mengikut kehendak anda dan menyimpan tetapan ini padanya.

Dijual pada harga RM669.00 dengan 4 pilihan warna iaitu Blackout (Hitam), Sparta (Putih), Roadrash (Merah) dan juga Alpha (Hijau)
Jaybird Wireless Sport Headphones
Freedom Wireless Bluetooth® Buds pula, hadir dengan rekaan yang lebih kecil khusus untuk pengguna-pengguna yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan ingin nampak lebih bergaya.

Rekaannya yang kecil dan bergaya memberi keselesaan ketika menggunakannya membuat anda terlupa bahawa anda sedang menggunakannya untuk mendengar muzik.

Baterinya berkemampuan bertahan selama 4 jam (jika dicas penuh).

Bagaimanapun, ia juga hadir dengan sebuah pengecas mudah-alih yang boleh diklipkan kepada butang pengawal audio dan suara untuk memberikan ia jangka-hayat tambahan kepada 8 jam.

Dijual pada harga RM699.00 dengan 4 pilihan warna iaitu Carbon (Hitam), Gold (Emas), Blaze (Merah) dan Ocean (Biru).

Anda boleh dapatkan kedua-duanya .. dan … di mana-mana kedai pengedar atau di Lazada.com.my/Jaybird-Malaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Jaybird Perkenalkan Wireless Sport Headphones Kalis Peluh

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *