You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Malaysia Terbalik / Upside Down di’Remake’ Oleh Syarikat Hollywood Untuk Pasaran Global

17,685,702 total views, 6,828 views today

Filem Malaysia Terbalik / Upside Down di’Remake’ Oleh Syarikat Hollywood Untuk Pasaran Global

42nd Pictures - Filem Terbalik / Upside Down
Karya Asal Filem Malaysia Terbalik / Upside Down berjaya menarik minat syarikat produksi terkenal Hollywood untuk ‘remake’ filem ini bagi pasaran Global.

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi di FINAS Hulu Kelang oleh Yasu dan Bea Tanaka, selaku pengasas kepada syarikat 42nd Pictures Sdn Bhd, pemilik asal karya Terbalik Upside Down.

Perjanjian antara syarikat 42nd Pictures Sdn Bhd dan syarikat produksi dari Hollywood, Ivanhoe Pictures telah melakar sejarah Malaysia kerana ia menandakan yang pertama seumpamanya untuk mencapai prestasi ini.

Karya Asal Filem Malaysia Terbalik / Upside Down ditulis sendiri oleh Yasu Tanaka, yang juga merupakan pengarah dan penulis bagi filem NOTA.



Untuk pengetahuan anda,

Filem NOTA sebelum ini, telah memenangi Anugerah Skrin Terbaik untuk Festival Filem Malaysia 2016 (FFM28) manakala Maya Karin, selaku pelakon utama pula, memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk Anugerah Skrin 2016.

Ivanhoe Pictures Tertarik Untuk Remake Filem Terbalik / Upside Down

42nd Pictures Terbalik Upside Down
Ivanhoe Pictures mula tertarik selepas membaca skrip Terbalik / Upside Down sewaktu Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017 berlangsung.

Oleh itu, mereka membuat perjanjian untuk memperoleh hak pembuatan semula filem bagi ini untuknya di 34 negara termasuk Amerika Utara, Perancis, United Kingdom, China, Korea Selatan, Sepanyol, Amerika Latin, India dan Vietnam.

Untuk permulaan, ianya adakan dibuat dahulu di Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Kami gembira dapat bekerjasama dengan 42nd Pictures pada pembuatan semula TERBALIK / UPSIDE DOWN.

Kami baru sahaja menghabiskan setahun di Malaysia menyiapkan dan penggambaran kami “Crazy Rich Asians” dan kami mempunyai masa yang hebat di Malaysia.” – John Penotti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Ivanhoe Pictures.

Walaupun Terbalik / Upside Down masih belum dimulakan penggambaran, 42nd Pictures mengesahkan bahawa papan cerita (storyboard) telah ditetapkan supaya keaslian jalan ceritanya kekal walaupun ia dibuat semula di 34 negara.

Potensi Filem Terbalik / Upside Down Di Peringkat Global

Bront Palarae Terbalik / Upside DownFilem ini berjaya memenangi Anugerah Penghasilan Aurora Media, dengan memperolehi SGD20,000, semasa Forum Pembiayaan Asia Tenggara (SAFF) 2016 yang diadakan di Singapura.

Ia juga telah membuat senarai pendek untuk Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017 – menjadikan satu-satunya projek Malaysia
daripada 24 projek yang akan disenarai pendek tahun ini.

Terbalik / Upside Down sebuah filem berbahasa Melayu sepenuhnya, mempunyai potensi bernilai RM12 hingga 16 juta dengan perjanjian dari Ivanhoe Pictures.

Ia merupakan cerita seram yang menakutkan yang menggambarkan kisah seorang pelakon yang terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari lokasi pengambaran.

Beliau terperangkap dalam bangkai kereta yang terbalik di dalam hutan dan diseksa oleh sekumpulan lelaki yang sadis.

TERBALIK / UPSIDE DOWN akan dihasilkan oleh Bea Tanaka dan diarahkan oleh Yasu Tanaka, dan dibintangi oleh Bront Palarae.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

24 thoughts on “Filem Malaysia Terbalik / Upside Down di’Remake’ Oleh Syarikat Hollywood Untuk Pasaran Global

  1. memula baca tajuk ingatkan crita kartun yg tajuk hampir sama ..upside down jga … keluaran disney .. nanti kita try tengok2 filem ni .. best sgt ke .. hihihiih

Leave a Reply

Top