You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Boat Noodle Memperkenalkan Jenama Chill Chill – Teh Ais Thai Yang Asli

Boat Noodle Memperkenalkan Jenama Chill Chill – Teh Ais Thai Yang Asli

Thai Iced Tea by Chill Chill
Sejak beberapa tahun yang lalu, teh Taiwan telah mendapat perhatian meluas di Malaysia.

Kini, terdapat pesaing baru yang akan menggantikan tempatnya – Teh Ais Thai, minuman teh segar yang diperkaya dengan rasa teh Thai yang asli dan dibawakan oleh Chill Chill.

Jenama ini diilhamkan oleh pemiliknya yang telah memperkenalkan Boat Noodle ke Malaysia!

Utara 5 F&B Sdn Bhd (U5FB) adalah satu jenama tempatan yang sedang berkembang maju dan bercita-cita untuk mewujudkan pelbagai konsep yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.



Dalam tempoh 36 bulan, U5FB telah mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran 55 cawangan di seluruh negara, menerusi jenama milik mereka iaitu Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C. Chill Chill mempunyai sejarahnya tersendiri.

Thai Iced Tea by Chill ChillPada mulanya, Chill Chill diperkenalkan sebagai minuman teh Thai yang menjadi sebahagian daripada senarai menu di restoran Boat Noodle.

Hasil sokongan kuat daripada peminat Boat Noodle, jenama Chill Chill kini semakin menyerlah dengan lebih lima juta cawan minuman berkenaan dijual.

Pada akhir tahun lalu, Chill Chill telah memperkenalkan model kios. Langkah itu diambil bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman Teh Thai kegemaran mereka di kios- kios, yang sebelum ini hanya boleh didapati di Boat Noodle.

Dalam tempoh sembilan bulan sahaja, jenama yang diinspirasikan Thai ini telah beroperasi di lebih 17 lokasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Chill Chill hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport termasuklah campuran teh rahsia yang istimewa, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman teh Thai yang terbaik.

Ia menawarkan lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, semuanya diperbuat segar secara individu mengikut pesanan.

Chill Chill telah merancang untuk membina 100 kios di seluruh negara menjelang penghujung 2018, dengan 50 kios beroperasi menjelang akhir 2017. Sementara itu, Chill Chill juga telah berjaya menembusi pasaran Indonesia serta Brunei, mengikuti jejak Boat Noodle ke luar negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Chill Chill’s Facebook page atau Chill Chill’s Instagram.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on “Boat Noodle Memperkenalkan Jenama Chill Chill – Teh Ais Thai Yang Asli

Leave a Reply

Top