You are here
Home > Iklan > Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Dijual Pada Harga RM177

17,418,471 total views, 292 views today

Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Dijual Pada Harga RM177

Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Nubex Sdn Bhd telah memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khas untuk peminat sukan serta pengumpul syiling.

Hadir dalam rekabentuk bi-logam, syiling edisi khas Sukan SEA 2017 direka dalam gabungan kemasan emas dan perak, menzahirkan elemen eksklusif rekaan koleksi terhad ini.

Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g) turut disertakan dengan tekad grafik acara sukan berprestij ini.


Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Terhad 5,000 keping

Dengan jumlah pengeluaran hanya 5000 keping, Nubex yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik pembeli tempatan dan antarabangsa.

Syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijual pada harga RM177.00 (termasuk GST) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017.

Nubex Sdn Bhd adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman atas talian www.nubex.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Syiling Edisi Khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Dijual Pada Harga RM177

Leave a Reply

Top