Photoshoot Kahwin Broframestone Iera Kan
Perkahwinan menjadikan satu hubungan 2 hati menjadi satu secara halal.

Bagaimanapun selangkah ke alam perkahwinan bukan sahaja melibatkan ‘dugaan bertunang’ bahkan melibatkan duit lebih-lebih lagi bila ianya tidak mencukupi dan majlis pula makin dekat.

Apa solusi anda bila hadapi keadaan seperti ini?

Mesti korang tak nak majlis dipostpone nanti akan memalukan kedua-dua pihak. Lain la kalau majlis perkahwinan korang disponsor dari baju, kek sampailah ke photographer.

Macam kes ‘Kurang Bijak Kongsi Tip’ dekat bawah ini.

Majlis Kahwin Jimat, Banyak Sponsor
Boleh Baca di : Wanita Ini Kongsi Bajet Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen

Tapi memang banyak kos perkahwinan kita disponsor tanpa kita sedar, contohnya family keluar duit untuk prepare homestay untuk bakal besan mereka.

Member keluar duit sendiri untuk jadi bridesmaid korang etc.

Tapi ini kes yang mungkin ‘tidak perlu’ anda bayar balik dan boleh dilupakan seperti mana korang pinjam duit member time terdesak tapi buat ‘bangang’ tak nak bayar balik.

Bagaimana pula dengan kes anda pinjam duit mak bapak, ah long ataupun tipu orang dengan MLM semata-mata nak kahwin?

Pernah tak korang terfikir nak buat personal loan (pinjaman bank) untuk berkahwin?

Mesti pernah bukan.

Hari ini Bro ingin kongsikan kenapa anda tidak patut buat personal loan (pinjaman bank) untuk berkahwin. Harap sudi baca sampai habis dan hadamkan.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Berhutang Dengan Bank Semata-mata Nak Berkahwin

Berhutang Dengan Bank Untuk BerkahwinTopik yang agak panas, tetapi korang kena faham.

Ramai sebenarnya yang buat personal loan bila start dapat kerja (terutama yang kerja kerajaan).

Ada yang buat personal loan semata-mata nak upgrade hidup (phone, rumah, gaya etc).

Ada juga yang buat personal loan untuk bayar hutang piutang (PTPTN etc), join MLM ataupun berkahwin walaupun tak tahu bila nak kahwinnya.

Tapi bila buat loan dengan bank semata-mata untuk benda yang tidak mampu memberi pulangan (kecuali anda join MLM then dapat keuntungan berganda hahaha) ia dianggap sebagai hutang jahat.

Dan kita perlu selesaikan ‘hutang jahat’ ini sepanjang tempoh pinjaman dibuat.

Purata Pembelanjaan Perkahwinan di Malaysia

Pernah ada kenalan,

Bila dah sah lantikan jawatan (kerja kerajaan) terus dia buat loan personal sebanyak RM80k setahun lepas ini memang perkahwinan dia memang meriah.

Tapi berapa yang dia perlu bayar balik setiap bulan pada bank?

Selamat dapat suami kerja sedap dan masih kekal bahagian hingga kini.

Bagaimana pula dapat suami yang sengkek, selepas itu tak bertanggungjawab bercerai dan hutang bank kena bayar sensorang dimana jumlahnya sampai korang tak hidup senang kerana xcukup duit.

Ada juga kenalan, anak dah berderet tetapi hutang bank masih tak selesai juga.

Memang tiada kebaikan pun buat personal loan semata-mata untuk berkahwin dimana ianya habis dalam masa beberapa hari dan perlu membayarnya sampai bertahun-tahun.

Lebih ketaranya, bila jumlah bayaran balik hampir 2x gandanya dengan nilai yang anda pinjam (walaupun % kecil).

Tak percaya, anda cuba check menggunakan aplikasi iMoney – Find the best Personal Loan in Malaysia. Kemudian ;-

  1. Masukan jumlah yang ingin anda pinjam beserta tempoh pembayaran semula.
  2. Pilih bank yang ingin anda berurusan.
  3. Kira jumlah pinjaman yang perlu anda bayar = bayaran bulanan X tempoh bayaran.
  4. Kira jumlah bunga yang perlu dibayar = jumlah pinjaman dibayar – jumlah dipinjam.

Nampak tak, jumlah tambahan yang perlu anda bayar. Silap hari bulan, jumlah itu memboleh korang kahwin lagi satu.

Lebih ketara bila tempoh bayaran dipanjangkan.

Tak percaya, cuba bandingkan jumlah yang perlu anda bayar semula bagi tempoh pinjaman 5 tahun dengan 9 tahun. Berbeza bukan?

Bicara Bro : Ada kenalan berkahwin dan ditaja sepenuhnya oleh keluarga. Tak sampai setahun kahwin dah bercerai, sampai sekarang dia rasa bersalah sangat dengan keluarga dia.

Jika Bro berkahwin lagi, harap boleh buat majlis ala kadar je. Tapi kata puan isteri, “Tak buat majlis pun tak apa” – Lain macam je bunyinya he…23x

15 Tip Jimat Bajet Kahwin

15 Tip Jimat Bajet Kahwin

Baca : Panduan Kumpul Duit Kahwin Dengan Hartanah.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter