You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Sudahkah Anda Menukar Kad My Rapid Kepada MyRapid Touch ‘n Go Secara PERCUMA?

17,285,820 total views, 1,491 views today

Sudahkah Anda Menukar Kad My Rapid Kepada MyRapid Touch ‘n Go Secara PERCUMA?

MyRapid Touch n Go
Kepada pengguna perkhidmatan Rapid KL, Sudahkah anda menukarkan kad MyRapid anda kepada kad baharu MyRapid Touch ‘n Go (MyRapid TnG)?

Jika belum, baik anda menukarkan ia sekarang terutamanya jika didalam kad MyRapid masih mempunyai banyak bakinya.

Untuk pengetahuan anda,

Hingga kini, lebih 160,000 pemegang kad MyRapid telah menukar kepada kad baharu MyRapid Touch ‘n Go (MyRapid TnG) sejak penukaran kad itu oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bermula pada 15 Jun.



Penukaran kepada kad baharu MyRapid TnG bertujuan untuk melancarkan perjalanan apabila menggunakan semua perkhidmatan Rapid KL termasuk Fasa Dua Petrkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang yang akan beroperasi pada 17 Julai.

Fasa Dua MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni dan LRT Laluan Sri Petaling/Ampang di Maluri dan Plaza Rakyat.

Sistem tiket bagi MRT Laluan Sungai Buloh Kajang hanya menerima token dan kad simpanan nilai Touch ‘n Go.

Bagi pengguna kad MyRapid yang menggunakan perkhidmatan MRT melalui rangkaian LRT akan menghadapi masalah ketika hendak keluar di stesen MRT.

Cara Untuk Menukar Kad MyRapid Kepada MyRapid Touch ‘n Go (MyRapid TnG)

Cara Untuk Menukar Kad MyRapid Kepada MyRapid Touch n Go

Sumber Gambar : FMT – Free Malaysia Today

Proses penukaran kad dijalankan bermula dari 15 Jun 2017 hingga 15 Julai 2017 dan tiada caj tambahan dikenakan bagi mereka yang menukar kad MyRapid pada tarikh yang ditetapkan.

Anda boleh membuat penukaran di kaunter khidmat pelanggan di mana-mana stesen LRT, monorel, dan stesen BRT kecuali Abdullah Hukum, Subang Alam, Taipan, Taman Perindustrian Puchong, Cahaya, SS18, USJ21, Miharja, Jelatek and Damai.

Prasarana juga turut membuka pusat tambahan penukaran kad di Subang Jaya dan Awan Besar pada 21 Jun, stesen Sri Rampai (30 Jun) selain pusat utama di Hab Bas Pasar Seni yang dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam

Duit Baki SenAnda hanya perlu membawa kad MyRapid yang lama sekiranya anda ingin baki dalam kad dipindahkan ke kad MyRapid Touch ‘n Go (MyRapid TnG).

Jika tidak, just apply kad yang baru he…23x

Bagaimanapun baki hanya boleh dipindahkan dalam gandaan RM5 (contohnya RM5, RM10, RM15 dan seterusnya).

Sekiranya baki tidak mencukupi (contoh baki anda RM6.70) anda perlu genapkan dalam gandaan RM5 dengan menambah baki sebanyak RM3.30 (kecuali anda nak burnkan baki RM1.70) hahahaha

Selepas 15 Julai 2017, kad Myrapid yang sedia ada tidak dapat digunakan lagi.

Tambah nilai Kad Myrapid TnG pula tidak dapat dilakukan di vending machine tetapi boleh dilaku di stesen LRT, BRT, MRT dan Monorel.

Setiap tambah nilai untuk kad akan dicaj RM0.50 (Nilai minima untuk tambah nilai adalah RM10).

Demn…!! Dekat mana boleh tambah nilai kad secara PERCUMA?

Pertukaran kad konsesi – Pelajar, Warga Emas & Orang kelainan Upaya

kad konsesi – Pelajar, Warga Emas & Orang kelainan Upaya
Sumber Gambar : Utusan Online.

Hingga kini, lebih 40,000 daripada jumlah kad yang ditukar terdiri daripada kad konsesi untuk pelajar warga emas dan orang kelainan upaya.

Penukaran kad konsesi hanya dibenarkan di keempat-empat pusat tersebut, penukaran kad generik MyRapid boleh dilakukan di Pejabat Perhubungan Pelanggan di stesen LRT, Bas Rapid Transit (BRT) dan monorel.

Bagaimanapun penukaran kad konsesi mengambil masa sedikit (sebab kena isi borang dan ambil gambar).

Dengar cerita, ada yang terpaksa tunggu berjam untuk dapatkan giliran untuk pertukaran kad konsesi. Maka ada baiknya anda rancangan waktu yang sesuai untuk anda buat penukaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.myrapid.com.my, atau hubungi Rapid KL 03-7885 2525 (call pada waktu pejabat ek).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Sudahkah Anda Menukar Kad My Rapid Kepada MyRapid Touch ‘n Go Secara PERCUMA?

  1. Lama dah tglkan dunia rapid ni. Masa belajar dulu memang pengguna setia. Tp masa tu guna duit lagi lah. Agaknya skrg kalau nak naik bas atau lrt mesti terkial2 dah.

  2. Dah tukar ? dekat LRT Sri Rampai. Panjang beratur dan tunggu giliran sampai sejam. Siap ada fungsi Touch n Go, dapat guna dekat stesen MRT nanti ? pengguna tegar servis RapidKL

Leave a Reply

Top