April 17, 2024

Fasiliti di Masjid Kurang Mesra Buat Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Masjid Putra, Putrajaya
Rasanya terkesan sedikit dengan perkongsian beberapa rakan di facebook yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan masjid.

Mungkin bagi kita yang sememangnya normal, tak perasan sangat tentang perkara seperti ini.

Walaupun dari luaran kita boleh nampak beberapa fasiliti yang dibangunkan buat golongan OKU disediakan di masjid.

Contohnya,

Kawasan parking khas untuk golong OKU (yang selalu disalahgunakan oleh orang bukan OKU) dan juga laluan OKU (untuk pengguna kerusi roda).



Alhamdulillah, memang tidak dinafikan bahawa golongan OKU mempunyai hak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam di Masjid.

Malangnya, ada juga yang menafikan hak buat golongan ini.

Kredit Gambar : Wardi Maher.

Parking OKU Di Perkarangan Masjid

Mohd Sukur Bin IbrahimIni merupakan salah satu perkongsian dari Mohd Sukur Bin Ibrahim yang berkongsi pengalaman mencari parking sewaktu ingin menunaikan solat Terawih.

Ada satu malam, beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan masjid oleh pak guard dengan alasan Parking Penuh.

Bagaimanapun dia bertanyakan mengenai status Parking untuk OKU.

Malangnya pak guard itu juga menyatakan ianya penuh.

Baguslah penuh, itu bermakna memang ada golong OKU yang datang ke masjid untuk menunaikan solat Terawih. Tapi tak tahulah jika golong bukan OKU yang menggunakannya hahaha.

Maka, beliau mencadangkan kepada pemandunya untuk memasuki perkarangan masjid menggunakan pintu yang lain.

Alhamdulillah, pak guard disini membenarkan dan parking OKU masih kosong tidak digunakan. Lagipun memang ada 2 parking sahaja dekat masjid ini.

Kadangkala, tertanya-tanya juga, “Berapa sepatutnya parking untuk golongan OKU disediakan disatu-satu masjid? Kebanyakan yang Bro jumpa hanya 2 parking sahaja kecuali masjid besar.

Panduan Buat Muffin

Tempat Wudhu Kurang Mesra OKU

Ini pula perkongsian dari Salim Harmanain mengenai pengalaman beliau setiap kali menunaikan solat di Masjid.

Percaya atau tidak? Tempat yang paling susah untuk diakses bagi seorang oku berkerusi roda di Malaysia adalah masjid adalah Tempat wuduk“.

Salim HarmanainTidak dinafikan tempat wudhu disesetengah masjid nampak cantik tapi hampir mustahil untuk digunakan oleh beliau secara sendirian.

Jika ada yang sudi menolong beliau mengambil wudhu, ia memerlukan mereka yang kepala gila untuk cari jalan macam mana nak ambil wuduk.

Solusi terbaik bagi beliau dengan membawa air mineral atau spray air.

Boleh dikatakan hampir semua masjid yang beliau pergi tak mempunyai access ke tempat wudhu bagi golong OKU berkerusi roda.

Itu baru masalah yang beliau hadapi di ruang wudhu, belum lagi nak ke ruang solat utama.

Masjid Putrajaya ada tangga. Walaupun sikit tapi tetap tak boleh diakses sendiri oleh OKU. Ada la abang polis hensem tu tolong. Tapi kadang rasa tak best juga asyik orang tolong.

Begitu juga dekat masjid Shah Alam, tak ada papan tanda. Berpusing cari lif. Sekali ada la kat ceruk tu“.

Tambahan beliau juga,

Masa belajar di UIA dulu, berbuih juga minta pihak pengurusan menyediakan akses ke ruang solat dan tempat wuduk. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga walaupun mengambil masa.

Waktu itu, semua benda perlu disediakan dari proposal, lukisan plan hingga kepada dokumen sokongan yang melaksanakannya.

Sayang sangat..
Masjid cantik…
Oku wuduk guna spray air.
Solat dekat tepi masjid sebab tak boleh masuk ruang solat.
Doakan aku kaya.
Nanti boleh buat masjid mesra Oku.
” – Salim Harmanain

Bicara Bro : Masjid cantik pun tak guna jika datang masjid just nak photoshoot kahwin hahahaha

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Fasiliti di Masjid Kurang Mesra Buat Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)

  1. Memang kebanyakan masjid kurang parking khas, tempat wudhu khas, laluan khas OKU. Kebiasaannya kawan-kawan OKU ruby akan memilih masjid yang mereka dah selesa kunjungi. Macam perjalanan pulang ke kampung, R&R ada fasiliti selesa. Kalau kawasan rumah pula, surau memang takda fasiliti OKU.

    OKU jemaah wanita pasti tidak selesa. Jadi, OKU zaman sekarang pun dah pandai pilih lokasi shopping mall yang sesuai utk mereka. Ibarat macam nursing room la. Lepas ibu-ibu bising takda bilik penyusuan bayi. Banyak shopping mall sediakan bilik tersebut. Instead masa zaman dulu pergi AEON dan ISETAN sahaja.

    Good sharing bro!

    1. Terima kasih Ruby

      Surau kita xboleh nk jangka mereka akan sediakan fasiliti untuk OKU. Tapi masjid, perlu ada terutama yang masjid besar yang sentiasa dikunjungi oleh semua golongan.

      Pasal nursing room tue…

      Itu pasal AEON selalu menjadi pilihan kami sekeluarga.

  2. Walaupun dorang ni golongan minoriti, tapi tak bolehlah kita nak nafikan hak mereka.
    Betul tu, masjid cantik tak guna kalau takde kemudahan utk golongan kelainan upaya macam nI.
    Semoga pihak berwajib consider isu-isu macam ni

    1. Mungkin ada yang terlepas pandang sebenarnya.

      Masjid didatangkan dengan design yang cantik sehingga menyukarkan sesetengah golongan untuk menggunakannya.

      Bro sendiri yang normal pun kenkadang agak kekokok juga nk gunakan fasiliti wudhu yang agak canggih manggih nie. Orang kampung, katakan ;)

  3. Biasanya dulu selalu nampak orang yang sihat guna tapak parking untuk OKU. Tapi sekarang, mostly ramai yang dah aware dan kalau ada pun orang bukan OKU pakai kemudahan OKU, memang dieorang kena nanti

  4. Betul kan..kita xde kt tmpt mereka mmg kita xperasan hal ni..semoga byk pihak tampil utk menambah baik masjid sekarang spya lebih ramai golongan ini dpt sama2 meimarahkn masjid spt org biasa.

  5. Benda sebegini memang sering terlepas pandang dalam rekabentuk sesuatu kemudahan umum dan adakalanya kena tunggu ada aduan barulah nak buat perubahan sedangkan sedia tahu akan komuniti OKU yang wujud di negara ini.

    Semoga kesatuan OKU memainkan peranan aktif dalam memastikan kerajaan pandang serius akan kekurangan ini.

  6. Kesedaran tentang kelainan upaya patut diterap dari sekolah sebelum arkitek masa depan negara menceburi bidang seni bina. Sedikit sebanyak kesedaran itu akan membina idea yang lebih baik untuk fasilito OKU.

  7. Betul bro, Alja pun perasan benda ni. Dengan tempat wuduk pintu dan ruangnya yg kecik, macam mana dgn golongan oku yg berkerusi roda? Dorang kurang menitik berat mengenai perihal begini.

  8. Oh dear! I hope they do something about this. Thanks for blogging about this, it helps create the awareness for such facilities like this to exist in future. You’re like their voice! Respect

  9. Setuju dgn artikel nih. Kebanyakan masjid, fasiliti yg disediakan memg tak mesra oku. Kesian tgk bila tgk oku nak ambil wuduk, tpt disediakan tidak sesuai. Pasal parking utk oku tuh, sy bsangka baik saja yg parking kt situ mgkin mereka juga oku walaupun pernah je tgk yg keluar dr kereta lpas parking kt tpt oku, normal je…

Leave a Reply to Afif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *