April 26, 2024

Sesuatu Yang Menarik Buat Kami Sekeluarga Bila Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Bukan sesuatu yang dirancang bila Puan Isteri tiba-tiba mengajak kami sekeluarga untuk menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Rasa bersalah pula jika abaikan permintaan dia sejak bulan Mei untuk bercuti sekeluarga.

Jadual Bro yang agak padat sejak kebelakangan ini dan juga masa kurang mengizinkan membuatkan beberapa perancangan sebelum ini tidak dapat diteruskan.



Lagipun waktu ini,

Bro ada urusan kerja di hotel sebelahnya (Tetapi hotel itu penuh).

Tiba-tiba ada kekosongan pula di Hilton Hotel walaupun harga mencecah RM500 (dengar cerita waktu ini kedua-dua hotel fully booking sebab ada beberapa majlis besar sedang berlangsung disana).

Kiranya memang rezeki untuk kami sekeluarga untuk menginap di Hilton Kuala Lumpur.

Deluxe Double Room at Hilton Kuala Lumpur

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Bilik yang agak luas dan nampak esklusif bersesuaian dengan harga dan bintang pada Hilton Hotel.

Lebih menarik lagi bila ruang mandi berhubung dengan terus dengan ruang tidur dimana ianya dipisahkan oleh pintu sliding menambahkan lagi keluasan untuk memudahkan pergerakan.

Bath tab pasti menjadi pilihan si anak-anak he…23x (Dorang aim benda ini tiap kali menginap di hotel).

Maka tiada masalah untuk kami memantau si anak mandi walaupun ketika itu kami berada diruangan tidur.

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Meja yang menjadi lokasi workstation Bro.

Malangnya kedudukan dan jenis mejanya agak kurang sesuai dijadikan workstation Bro. Lebih kepada tempat letak barang anak dan mak dorang je.

So jadi kurang selesa sikit untuk buat kerja di meja ini.

Erm….. Memang lepak bilik, satu kerja pun tak berjalan.

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Kerusi malas Bro (kalau ikutkan),

Malangnya Bro hanya dapat lepak beberapa minit sahaja disini sebab anak-anak lebih gemar lepak disini disebabkan ‘sesuatu’ yang ada di luar jendela.

Demn…!!!

Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Pemandangan di luar jendela.

Korang nampak tak apa benda yang si anak Bro nampak? Siapa tak teruja, dengan Bro dan puan isteri pun teruja sama.

Kolam Renang @ Hilton Hotel Kuala Lumpur

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang menarik ada di Hilton Hotel, Kuala Lumpur sehingga kami sekeluarga macam teruja sedikit.

Semestinya kolam renang dia yang agak private + menarik. Disertakan sekali dengan bunyi dari air terjun buatan.

Rasa macam tak dengar bunyi kenderaan yang lalu lalang disekitar kawasan hotel.

Rasa macam anda bukannya tengah bercuti di bandar Kuala Lumpur jika lepak di kolam renang ini. Nampak lebih privasi sebab tidak ramai orang (Bro datang masa weekday), maka anak dapat berenang dengan lebih bebas.

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Tapi bagi Bro,

Benda ini paling menarik perhatian.

Tak sangka ada sliding dekat sini. Bro dengan puan isteri memang tak lepaskan peluang. Anak pun sama juga, tapi kena hati-hati sikit, lifeguard tak de (keselamatan dibawah tanggungjawab anda).

Maaf, tiada footage dapat dirakam (Kamera underwater Bro rosak T-T)

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Selain bermain sliding,

Kami sekeluarga luangkan masa untuk menjalankan sesi ‘ice breaking’ supaya anak lebih berani untuk mandi dikawasan lebih dalam dengan menggunakan pelampung.

Selamat puan isteri dulu atlet kayak masa zaman sekolah. Maka dia tiada masalah untuk ajar anak.

Tapi Bro, pernah jadi jurulatih kayak (tak nak mengalah dengan puan isteri he…23x)

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur

Swimming Pool Hilton Hotel, Kuala Lumpur
Kalau ikutkan si adik memang dari kecil tiada masalah untuk mandi dikawasan yang dalam sedikit (had dada dia) tanpa pelampung.

Berbeza dengan akak dia.

Ada pelampung ke tak ada. Dia tak berani, sebab trauma he…23x

Harap dimasa hadapan, mereka ini mampu jadi atlet renang / terjun negara, siapa tahu. Ke nak jadi atlet silat, memanah, boling padang or balapan macam daddy dorang?

Bagi anda yang teringin ingin menginap disini, anda boleh refer pada maklumat dibawah ini. Terus terang Bro cakap, next time kena amik 3 hari 2 malam jika nak menginap disini.

Hilton Kuala Lumpur
3, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

Phone: +60 3-2264 2264



Booking.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

35 thoughts on “Sesuatu Yang Menarik Buat Kami Sekeluarga Bila Menginap di Hilton Hotel, Kuala Lumpur

    1. Itu la, selamat dalam bilik ada bath tub yang besar… Lagipun masa check in memasing penat dan Bro ada urusan lain… esoknya baru ke kolam bawah tue

    1. Bro xde abang… pakcik? Ada je.. Tapi jarak rumah dorang dengan rumah Bro nak ke KL, lebih kurang je.
      Bro akan stay KL jika ada urusan dan nak spend masa dengan family sekali. Kalau tidak, dok diam-diam dekat Rawang je….

  1. Bagusnya hotel ni…..sangat menarik. Dengan bilik yang luas,tarikan pool yang menarik memang seronok. Boleh masuk dalam wishlist bila ke KL nt ?

  2. Ruby kalau bercuti dengan suami dan anak-anak cari hotel yang sediakan swimming pool dan bilik mesra kanak-kanak. Kalau ada shopping mall attach sekali memang bonus la. Sebab anak-anak tak minat nak keluar jalan ke mall. Dapat tempat berlari, dah setel. Hahaha.

  3. Bestnya! Lama dah saya tak pegi hotel utk cuti cuti masa weekend. Dulu masa dating ada weekend quick getaway. Sekarang dgn anak anak… Kalau bukan biz trip, ialah family trip dah lolx

Leave a Reply to Mohd Zarin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *