March 29, 2024

Peluang Buat Duit USD di Instagram & Facebook Dengan Narratrs

Buat Duit USD di Instagram Facebook Dengan Narratrs
Siapa cakap layan Instagram & Facebook membazir masa?

Ramai je yang mampu jana pendapatan hingga 5 angka di Instagram & Facebook tanpa perlu menjual apa-apa. Budak Sekolah pun mampu buat duit, inikan pula korang.

Syaratnya,

Anda mesti seorang yang berpengaruh di laman sosial (Instagram & Facebook) dan punyai ribuan followers. Kalau ada jutaan followers lagi tinggi nilainya.



Tapi, bagaimana mereka boleh menjana pendapatan sebanyak itu?

Mudah sahaja, melalui pengiklanan dari syarikat ataupun jenama terkemuka dimana mereka inginkan produk / jenama / perkhidmatan mereka ditularkan (viral) melalui laman sosial milik anda.

Tapi, bagaimana nak dapatkan peluang macam itu sedangkan follower pun ciput je?

Instagram Bro Framestone
Ini Akaun Instagram Bro Framestone (Jemput Follow)

Alhamdulillah, dengan pengaruh sebagai seorang blogger dan influencer (walaupun followers tak ramai) ada beberapa pihak sudi mengiklan di Instagram Bro.

Memang followers Bro tak seramai mana (bukan hot stuff or kaki sanggap followers), tetapi pernah juga mendapat pendapatan mencecah RM500 untuk 1 post di Instagram.

Wowww….!! Banyak tue.

Rezeki bila ada agensi yang menjadi Bro sebagai talent / influencer untuk klient mereka. Alhamdulillah.

Buat Duit USD Melalui Kempen Dari Narratrs

Grow My Influence - Narratrs
Bagi anda yang rasa biasa-biasa ini, apa kata anda mendaftar bersama Narratrs (klik untuk mendaftar). Mana tahu anda berpeluang untuk jana pendapatan dari laman sosial anda.

Lebih menarik lagi, ianya dibayar dalam USD.

Cuma, perlu tunggu sehingga anda terpilih untuk kempen mereka je. Ada member dapat USD80 untuk 1 kempen dari Narratrs.

USD80 itu agak banyak juga jika ditukarkan kepada MYR (Ringgit Malaysia).

Apa yang anda perlu buat?

  1. Daftar di Narratrs (klik untuk mendaftar).
  2. Daftar / Log Masuk menggunakan Instagram / Facebook
  3. Lengkapkan Butiran Diri
  4. Tunggu anda terpilih untuk kempen (berdasarkan butiran yang anda sertakan tadi)
  5. Selesaikan kempen sekiranya anda terpilih.
  6. Tunggu kempen selesai, dan duit akan dikreditkan kedalam akaun Narratrs anda dan dibayar melalui PayPal.

Simple je.

Bro pun dah mendaftar, sambil tunggu kempen dari agensi, ok juga layan kempen dari Narratrs.

Klik Narratrs untuk mendaftar sekarang!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Peluang Buat Duit USD di Instagram & Facebook Dengan Narratrs

  1. Mane nak buat dulu..nak naikkan follower dulu ke nak join narrats dulu huhu..follower saya kat insta sadis sangat ni..tapi teringin nak join narrats jugak..

Leave a Reply to Pisyek Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *