You are here
Home > Pengalaman > Pengalaman Pertama Kali Bawa Anak Menaiki LRT dari KL Sentral ke KLCC

Pengalaman Pertama Kali Bawa Anak Menaiki LRT dari KL Sentral ke KLCC

Pengalaman Pertama Kali Menaiki LRT
Kalau ikutkan, dah lama Kak Long Fisha teringin nak naik train / kereta api.

Kalau tak dapat tunaikan pemintaannya, mulalah dia mengamuk + merajuk. Last-last bawa dia naik kereta api dekat AEON Shah Alam je.

BACA : Anak Teruja Menaiki “Train Tak Bosan” Di AEON Mall Shah Alam.



Biasalah,

Rumah agak jauh dari kemudahan LRT + MRT atau seangkatan dengannya memang agak sukar nak menunaikan keinginan dia nie.

Terpaksa juga turun ke Shah Alam.

Tapi kali ini, disebabkan hujung minggu Bro ada sedikit urusan di Kuala Lumpur. Alang-alang bawa mereka sekeluarga untuk ikut sama.
Pengalaman Menaiki LRT KL Sentral - KLCC

Pengalaman Menaiki LRT KL Sentral - KLCC
Walaupun perjalanan tidak beberapa jauh.

Dari LRT KL Sentral – KLCC kemudian patah balik (Parking dekat NU Sentral – RM4.00 Flat Rate hujung minggu) dapat juga beri pengalaman berharga buat mereka berdua.

Masa dalam LRT, ada seorang pakcik itu seronok bersembang dengan Bro tentang pengalaman dia menaiki MRT.

Siap dia cerita berbaloi-baloi naik MRT pergi ke Kajang semata-mata nak makan Satay Kajang. Saja je dia bakar line (Last Bro pergi masa tahun 2009/2010 kot).

Kalau ikutkan, Bro nak bawa anak-anak menaiki MRT, lagipun tiket tengah 50% diskaun. Boleh juga bawa mereka dari hujung ke hujung.

Cuma nampak keletihan diwajah mereka. Next time kita naik MRT ek.

BACA : MRT Sungai Buloh-Kajang sudah beroperasi! Tambang diskaun 50% !
Pengalaman Menaiki LRT KL Sentral - KLCC
Memang masuk kereta, mereka berdua terus terlelap…

2 jam juga mereka ini tidur + Bro pun join tidur sama, bagi puan isteri sambung shopping.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Bawa Anak Menaiki LRT dari KL Sentral ke KLCC

  1. Bila dah berjanji dengan anak memang kena tunaikan. Tapi miza trick balik dorang bagi tengok cite Train to Busan hehe. Sekali jew lah dorang merasa naik train. hehe

Leave a Reply

Top