You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > 6 Tip Mudah Untuk Anda Bangun Sahur Di Bulan Ramadan

17,457,352 total views, 519 views today

6 Tip Mudah Untuk Anda Bangun Sahur Di Bulan Ramadan

6 Tip Mudah Untuk Bangun Sahur
Ramadan tiba lagi, adakah puasa anda pada tahun-tahun sebelumnya sudah diganti atau burn begitu sahaja?

Apa alasan anda gagal berpuasa cukup sebulan di bulan Ramadan?

Yang lepas, biarkan lepas. Asalkan korang tak lupa bayar Fidyah untuk setiap puasa yang anda tinggalkan atau tidak sempat digantikan.



Tahun ini, jika anda boleh berpuasa sebulan penuh, alhamdulillah.

Apa-apa pun, jangan jadikan ‘Tidak Bersahur’ sebagai alasan untuk anda tidak berpuasa. Korang bukannya budak kecil lagi.

Bagi anda yang ingin berpuasa penuh sebulan Ramadan tetapi takut terlepas waktu sahur, Bro ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin anda boleh amalkan.

Selamat mencuba 😉

Tip Mudah Bangun Sahur Supaya Tidak Terlepas Sahur

Disini, Bro ingin kongsikan beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk memudahkan anda bangun sahur dan tidak terlepas sahur pada hari berkenaan ;-

  1. Tetapan ‘Alarm’ – Jika anda memang jenis bangun pagi sebab dikejutkan dengan alarm, rasanya takde masalah untuk bangun sahur. Kecuali jika anda jenis tetapkan alarm setiap 5 minit selama 10x. Memang confirm terlajak sebab bangun dok matikan alarm sampai terlajak.
  2. Tidur Awal – Tidur awal jika perlu kecuali jika korang jenis tidur awal ke lambat ke tetap bangun awal. Tapi kalau korang jenis tidur awal ke lambat ke tetap bangun lambat memang tak dapat nak tolong.
  3. Memeriahkan Sahur – Jadikan sahur meriah seperti mana anda berbuka. Bukan meriah dengan juadah, tetapi meriah dengan orangnya (makan ramai-ramai bersama keluarga atau rakan serumah) tak pun lepak mamak tengok bola sambil sahur.
  4. ‘Sahur Awal’ – Kalau ikutkan, tak digalakkan sahur awal. Tapi kalau pukul 3-4 pagi masih lepak dekat mamak, better makan kemudian niat puasa. Jangan pula lepas itu, anda balik terbungkang pukul 7 malam baru bangun.
  5. Niat Untuk Bangun Sahur – Ketahuilah, kalau kita berniat baik pasti dipermudahkan. Ada sesetengah orang mesti pernah merasa tertiba macam dikejutkan untuk bangun sahur. Tengok jam ada masa lagi untuk bersahur. Alhamdulillah Bro dah amalkan setiap hari sejak kecil lagi.
  6. Minta Orang Kejutkan – Ini paling mudah, anda boleh minta ahli keluarga kejutkan ataupun rakan serumah (jika ada yang jenis bangun awal). Tak pun minta bf/gf or crush korang kejutkan dengan call (time nie la baru nampak sesuai ke idak nak jadi calon sehidup setidur sama nanti). Tapi kalau korang jenis tidur mati, better Yassinkan aja.

Ok, cukup 6 tip dari Bro untuk memudahkan korang bangun sahur walaupun tip ke-4 lari sikit (korang sahur sebelum tidur he…23x).

Perkhidmatan Kejut Sahur Secara PERCUMA Dari ServisHero

ServisHero Launches Sahur Wake Up Call For Ramadan yang diberi nama ‘Sahur Bersama ServisHero.

Memasuki tahun kedua, ia merupakan perkhidmatan PERCUMA yang bertindak sebagai jam penggera peribadi bagi umat Islam untuk bangun Sahur.

Dengan perkhidmatan ini, ServisHero mahu memastikan bahawa umat Islam tidak terlepas peluang untuk bersahur, dimana ia merupakan sebahagian daripada ‘Nikmat Ramadan’ yang memberikan kita tenaga untuk bertahan sepanjang hari.

Sekiranya anda berminat menggunakan perkhidmatan ini, anda hanya perlu mendaftar di http://ramadan.servishero.com/ dengan memberikan nama, nombor telefon, dan e-mel.

Sebaik sahaja pengesahan telah dibuat, anda kemudiannya akan mula menerima panggilan untuk bangun setiap hari pada pukul 05:00 pagi bermula dari 27 Mei 2017 (Pastikan telefon anda punyai bateri dan diaktifkan tetapan bunyinya / getaran).

Promo Perkhidmatan Pembersihan Dari ServisHero

Selain perkhidmatan panggilan untuk bangun tidur,

ServisHero juga ingin membuat kehidupan pelanggannya lebih mudah semasa Bulan Suci ini dengan menawarkan kepada anda potongan harga RM20 pada semua Perkhidmatan Pembersihan melalui kod promo #RAMADAN2017.

Kod promo boleh digunakan untuk keseluruhan bulan Ramadan di kawasan Lembah Klang sahaja.

Sumber : GabraMY

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “6 Tip Mudah Untuk Anda Bangun Sahur Di Bulan Ramadan

  1. Tidur awal tu plg susah nak amal. Tp so far pukul 4.30je mata automatik terjaga. Back up alarm mesti ada in case tak sedar kan.

    Tapi ana baru tahu pasal perkhidmatan ni. Sesuai dgt utk org2 bujang yg selalu terlajak nak sahur.

  2. Nombor 6 tu biasa Sally kena..hahaha..kang bukak whatsApp masa nak sahur, berderet pesanan.. “weh, sahur kang kejut aku”

    hahahaha…yakin gila dorang sally bangun sahur..kekeke..

  3. Salam. lama giler x jenguk blog ni. Bagus juga ade servis kejut bangun sahur ni bagi yang selalu lupa nak set alarm sebelum tidur.

    Yang selalu saya buat untuk senang bangun adalah tidur awal dan set alarm. Setakat ni takde miss sahur lagi. huhu

  4. Selalunya kakcik berniat je agar Allah bangunkan kakcik jam sekian-sekian. Alhamdulillah…setakat ini adalah juga terbabas sedikit sekali dua,

Leave a Reply

Top