You are here
Home > 1001 Pictures > Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang
Alhamdulillah,

Selesai sudah majlis pertunangan adik ipar Bro di Mentakab, Pahang pada raya ke-4 (Hari Rabu) dengan kehadiran keluarga serta saudara mara terdekat.

Berpeluh nampak.. hahahaha Itu baru sikit je. Tunggu masa kahwin nanti.



Bro tak pasti bila mereka berkenalan etc.

Cuma yang Bro tahu, si gadis merupakan pelajar tahun akhir di UTHM, Batu Pahat dan lokasinya tak beberapa jauh dari rumah.

Adik Ipar Bro pula kini berkerja di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jom layan beberapa gambar yang sempat Bro ambil menggunakan Honor 6X.

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

BACA : Honor 6X Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan Bersama Fungsi Dwi-Kamera

Nampak happy je ibu & ayah mertua Bro. Ye la, kali terakhir dapat menantu masa tahun 2011. Lama juga tue he…23x

Meh Bro belanja seketul Boomerang dari pasangan berdarah manis ini.

Bicara Bro : Tahun ini Raya memang pulun berjalan tanpa sempat pergi beraya rumah saudara-mara ataupun kenalan. Masa agak terhad + ada urusan perlu diselesaikan walaupun cuti raya hampir 10 hari (Jangan jeles).

Dari Rawang -> Behrang, Perak (kampung sendiri) -> Balik Rawang (tukar barang dalam kereta) -> Mentakab, Pahang (majlis pertunangan adik ipar) -> Endau (Keluarga Isteri Sebelah Ayahnya) -> Parit Raja (Kampung isteri) -> Seremban (majlis perkahwinan sepupu isteri) -> Rawang.

Minggu depan, turn adik Bro pula kahwin.

Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Majlis Pertunangan Adik Ipar di Mentakab, Pahang

Leave a Reply