You are here
Home > Pengalaman > Kenangan Hari Raya Yang Tidak Dapat Ku Lupakan

17,411,815 total views, 210 views today

Kenangan Hari Raya Yang Tidak Dapat Ku Lupakan

Hari raya tiba lagi, 1 syawal bakal menjelma.

Malangnya masih belum sempat untuk pulang berhari raya hari ini. Harap malam sebelum raya dapat berada di kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Sadu rasa hati ini,

Lebih sadu bila tidak dapat beraya bersama mereka tahun ini.

Sama ada cuti raya tidak approve, tiket habis, pulang ke kampung mertua atau mereka kini telah tiada… Al-fatihah.

Tetapi jangan pula sesekali anda hilangkan mood berhari raya kerana tidak dapat beraya bersama mereka. Anda masih ada kawan-kawan, adik beradik mahupun kenalan yang juga senasib dengan anda.

“We feel u Bro..!!!”

Alang-alang sebelum mood raya korang hilang, apa kata Bro kongsikan 6 kenangan hari raya yang tidak dapat Bro lupakan. Moga mood raya anda makin membara selepas membacanya.

1 – Berkumpul Sekeluarga Di Pagi Hari Raya

Keluarga Bahagia Mohammad Nor Ismail Behrang Stesyen

Benda paling sukar untuk direalisasikan sejak beberapa tahun, bila dapat berkumpul sekeluarga di pagi hari raya.

Biasalah, masing-masing dah berkahwin dan ada keluarga sendiri. Beraya juga perlu bertolak ansur nak raya dimana. Adakah sebelah keluarga sendiri atau keluarga sebelah pasangan anda.

Kalau kampung sebelah-sebelah, mungkin tiada masalah.

Bayangkan kalau keluarga sorang di utara, seorang lagi di selatan (Apa de hal, lebuhraya kan ada. Bayar tol je la).

Ok Fine….

Bayangkan keluarga sorang di semenanjung, dan sorang lagi di Sabah / Sarawak.

Tiket fligt pergi balik mahu berganda-ganda lebih mahal dari kebiasaan. Lebih-lebih lagi, nak usung ahli keluarga 3-4 orang. (Apa de hal, transit sahaja ke Singapura. Lebih murah)

Hahahaha Kalau lain-lain Negara?

Ok abaikan. Selamat adik beradik Bro kahwin dengan pasangan dalam Malaysia lagi.

Keluarga Blogger Bro Framestone Anak Mohammad Nor Ismail

Rasanya ini gambar terakhir kami adik beradik bergambar sama (Gambar sekitar awal tahun 2015).

Tinggal 2 sahaja yang masih bujang.

Sorang ini, memang sukar nak dapat cuti sebab kerja dia lebih mencabar dan lebih jauh berbanding adik beradik yang lain. Bro kadangkala setahun sekali je dapat jumpa (itupun kalau bernasib baik).

Sorang lagi,

Bakal menamatkan zaman bujangnya selepas raya ini. Moga dipermudahkan urusan buat dia. Jenuh hujung minggu pulun cari side income untuk merealisasikan impian dia untuk berumah tangga.

Anda, bila lagi?

2 – Rendang Ayam Mak Masak

Rendang Ayam Che Mat Gebu

Sumber Gambar : Tiffin Biru – Rendang Ayam

Tipulah kalau tak rindu masakan mak anda. Kecuali anda dah jatuh hati dengan masakan isteri anda, betul tak?

Dulu,

Setiap kali malam sebelum raya, mak akan masak rendang ayam sebab dia tahu pagi raya Bro tak kan lengkap kalau tak perkena rendang ayam.

Nikmatnya tak terkata.

Tetapi sejak berumah tangga. Mak jarang masak rendang ayam kerana menantu dia yang akan take over tugas ini dimalam raya.

Tak kisah lah,

Janji puan isteri juga pandai masak dan menambat hati suaminya di pagi hari raya. Sudahkah anda menambat hati suami anda dengan masakan anda?

3 – Raya Sedondon

Baju Raya Tahun Lepas

Kalau bukan time raya, harapkan time kenduri kahwin baru dapat merasa berpakaian sedondon dan cantik bersama keluarag.

Dulu masa Bro kecil,

Memang kami sekeluarga agak sukar nak beraya sedondon. Mana tidaknya, 4 orang adik beradik semuanya sekolah atau duduk jauh-jauh.

So masing-masing baju raya lain-lain.

Bila jalan beraya bersama, ramai yang tak jangka kami berempat adik beradik.

Dah la memasing, muka tak sama.

Bila memasing dah besar, berkeluarga dan berkerjaya.

Sebelum sebelum raya dah dok bising dalam group whatsapp, apa tema untuk raya tahun ini.

Mulalah nama warna yang Bro xpernah dengar, Bro dengar atau tahu he…23x

4 – Duit Raya

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)

Alhamdulillah,

Walaupun dah berkeluarga dan dah jadi bapa anak 2, masih lagi dapat duit raya terutamanya dari bos dan bos-bos yang lain.

Tetapi kenangan masa zaman budak-budak dulu, memang seronok dapat kumpul duit raya sampai sanggup beraya disetiap rumah yang ada di kampung.

Habis satu kampung,

Kita serang kampung sebelah pula.

Paling best bila ada pakatan bebudak beraya. Hantar perisik ke mana-mana rumah untuk tahu berapa jumlah duit raya yang diberi.

Jika kurang, kita pakat tak pergi.

Jika rumah itu bagi duit raya lebih, maka satu per satu group akan menyerang rumah berkenanan secara bergilir-gilir (siap ada yang repeat beraya lagi + siap tukar baju raya bagi tuan rumah tak cam).

Zaman itu,

Dapat 50sen pun dah seribu rahmat.

Zaman sekarang, kalau bagi duit raya RM1, sampai tahun depan kena kecam dengan budak-budak. Sekurang-kurangnya kena hulur RM5 paling minimum.

Habis duit BR1M convert jadi duit raya.

Kenapa duit kertas RM2 ditamatkan pengeluarannya T-T

5 – Ziarah Kubur

Satu Malam Kubur Berasap

Jika waktu kecil dulu.

Boleh dikatakan selesai solat hari raya, kami sekeluarga akan terus menuju ke tanah perkuburan.

Ye la, hanya kami sekeluarga saja waris terdekat dengan kubur arwah datuk & nenek kami berbanding sedara yang lain.

Itu sebelah mak,

Kemudian singgah ke tanah perkuburan dimana bersemadinya arwah datuk, nenek dan pakcik makcik sebelah ayah pula.

Memang sadu rasanya.

Al-Fatihah

Tetapi kini, mana adik beradik yang sempat sahaja pergi. Selalunya sebulan sebelum hari raya, ayah dah menjenguk kubur untuk bersihkan apa yang sepatutnya.

Mungkin selepas ini, tugas diserahkan kepada Bro.

Kerana Bro anak yang tua dan paling hampir dengan keluarga sekarang berbanding adik beradik yang lain.

6 – Cari Lemang Buluh atau Meriam Buluh?

Lemang Terbaik Waktu Raya

Baca : Tip Elak Lemang Cepat Basi

Masa kecil dulu, selalu juga masuk hutan mencari buluh untuk dibuat lemang.

Sambil mencari lemang, tangkap ikan di anak sungai berdekatan.

Seronoknya, bila badan gatal-gatal dek miang buluh. Terus lompat masuk anak sungai mandi sambil menyelam minummmmmm ek xde la, nanti batal puasa.

Sambil cari buluh untuk lemang, usha-usha juga buluh untuk dibuat meriam.

Mana tahu, sebelah malam boleh menang kategori meriam buluh terkuat mengalahkan kampung-kampung sekeliling.

Cuma pernah sekali kantoi dengan datuk member.

Tengah sedap-sedap memilih buluh untuk dibuat meriam, tau-tau jadi tabung buluh hahahaha sebab datuk dia tunggu dekat sebelah.

Maka tahun ini, segala duit raya selamat dimasukan dalam tabung buluh.

Kalau ikutkan, banyak je kenangan yang ingin Bro kongsikan sepanjang Bro membesar dulu.

Lagi 20 tahun akan datang, apalah kenangan yang bakal anak Bro kongsikan.

Jangan cakap time raya dekat kampung WiFi terhad hahahaha semua nak pakai atau ada budak datang beraya minta password WiFi.

Untuk sentiasa berhubung sepanjang musim perayaan ini, anda boleh layari www.webe.com.my.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

#webe #SelamatHariRaya #ConfirmBest #KeajaibanRamadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Kenangan Hari Raya Yang Tidak Dapat Ku Lupakan

Leave a Reply

Top