Seronok bila dengar K-Street Carnival kembali lagi di Klang Parade pada tahun ini.
Tahun lepas, Bro berpeluang ke sana untuk merasai sendiri kehangatan yang dibawa terus dari Korea di sini. Dari budaya, kesenian hingga kepada makanan.
Baca : Tak Mampu ke Korea? Kita ke K-Street Carnival di Klang Parade (Pengalaman Tahun Lepas).
Tahun ini,
K-Street Carnival akan berlangsung di Klang Parade dari 29 Jun hingga 2 Julai 2017.
Berbagai aktiviti menarik akan diadakan disana, antaranya bazar dan hiburan termasuk K-Pop Dance Cover Competition!
Bagi mereka yang teringin mencari produk dari Korea terutamanya makanan, anda boleh dapatkan di sini sepanjang K-Street Carnival berlangsung pada harga lebih murah.
Produk-produk makanan Korea yang sukar dijumpai di Malaysia, ada dijual di sini.
Ada produk yang Bro pernah lihat dan ada juga yang tidak pernah Bro lihat.
Manakala K-Pop Dance Cover Competition! pula,
Boleh dikatakan antara yang dinantikan oleh pengemar tarian K-Pop dimana ujibakat akan diadakan pada 1 Julai 2017 dari pukul 2 petang. Lokasi di Main Court.
Bagaimanapun hanya 10 kumpulan bakal terpilih untuk ke pusingan akhir pada 2 Julai 2017 pukul 2 petang (Waktu ini, korang wajib beramai-ramai datang untuk menonton mereka beraksi).
Hadiah yang ditawarkan :-
Tempat Pertama : RM1,500 + Hadiah
Tempat Kedua : RM700 + Hadiah
Tempat Ketiga : RM300 + Hadiah
Info : K-POP Dance Cover Competition by Klang Parade
Selain K-Pop Dance Cover, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang berlangsung setiap hari, antaranya :-
- 29 June – 2 July (All Day) K-Street Bazaar
- 29 June – 2 July (All Day) Korean Traditional Wear (Hanbok)
- 1-2 July (All Day) Korean Arts & Crafts Workshop
- 2 July 11:00am Korean themed Colouring Contest
- 1-2 July 6:15pm Korean Bingsu Challenge
- 1-2 July 1:00pm Korean Cooking Demo
- 1-2 July 2:00pm & 6:00pm Korean Spicy Noodle/Topokki Challenge
Tahun lepas boleh dikatakan bukan calang-calang yang sertai, semuanya agak mahir mewarna walaupun usia masih lagi muda.
Pernahkah anda mencuba Korean Gimbap (Sushi) sebelum ini?
Bila lagi nak mencuba bila ianya ada di K-Street Carnival minggu ini. Jangan lepaskan peluang yang ada ini.
Bagi korang yang biasa makan Samyang Spicy Noodle bajet ala-ala tahan pedas tue, elok sangat kalau korang yang join Korean Spicy Noodle/Topokki Challenge.
Berani tak adik ini?
Dengar cerita sampai menangis dia tahan kepedas sewaktu cabaran ini berlangsung (tahun lepas punya).
Apa-apa pun jumpa korang disana… Bro akan datang pada hari terakhir. Nak join Korean Spicy Noodle/Topokki Challenge. Korang, ada berani tak?
Ke klang korea ke kita kali ni. Hehe. Topokki tu sedapnya. Mcm kena g makan pula nampaknya. Sebulan puasa tak sentuh lgsg makanan korea ni. Tetiba craving :)
Bro akan ke sana Ahad nie.. meh la…
Uh sayangnya ini di malaysia ya? anda di indonesia, pasti saye nak hadir nih