You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Honor 6X Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan Bersama Fungsi Dwi-Kamera

17,457,356 total views, 523 views today

Honor 6X Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan Bersama Fungsi Dwi-Kamera

Review Honor 6X Bro Framestone
Honor 6X merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan tetapi hadir dengan sokongan dwi-kamera di belakangnya.

Hampir sebulan Bro mencubanya selepas ianya memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2017, dan boleh dikatakan ia antara Telefon Pintar Honor yang paling Bro minati.



Kalau ikutkan model ini telah diberada di pasaran China seawal Oktober tahun 2016.

Tetapi ia telah diumumkan bakal berada dipasaran global pada awal tahun 2017 sewaktu CES 2017 berlangsung.

Untuk pengetahuan anda, Honor 6X merupakan kemaskini kepada keluarga Honor 5X dimana pihak Honor sendiri mula menekankan penggunaan dwi-kamera pada telefon pintar ini.

Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB, serta dilengkapi cip pemprosesan Kirin 655.

Keistimewaan Gabungan 2 Kamera Pada Honor 6X

Review Honor 6X Bro Framestone
Honor 6X menggunakan gabungan kamera 12-megapixel dan 2-megapixel pada bahagian belakang.

Ia membolehkan anda merakamkan gambar dalam bentuk bokeh – dimana gambar dirakamkan dengan latar dikaburkan sedikit, sekaligus menghasilkan gambar yang cantik.

Contoh gambar dalam bentuk bokeh yang diambil menggunakan Honor 6X.

Anda juga boleh merakamkan gambar dan membuat penyesuaian fokus pada kemudian. Maka anda tidak perlu meluangkan masa hanya untuk membetulkan fokus jika berada dalam keadaan terdesak.

Pandang Pertama Honor 6X

Review Honor 6X Bro Framestone

Review Honor 6X Bro Framestone

Review Honor 6X Bro Framestone

Review Honor 6X Bro Framestone
Kamera hadapan 8-megapixel, untuk gambar selfie yang menarik.

Ramai teruja bila Bro kongsikan beberapa gambar di laman Instagram yang diambil menggunakan kamera hadapan Honor 6X.


Apa macam?

Berbaloi tak jika korang memiliki Honor 6X walaupun hanya untuk selfie?

Kamera belakang dah bagus, depan pun bagus. Harganya? Pun bagus juga. Tak percaya, baca artikle ini hingga habis.

Review Honor 6X Bro Framestone

Seperti kebanyakkan peranti lain, Honor 6X turut dilengkapi sokongan dwi-SIM dan juga integrasi pengimbas cap jari sepantas 0.3 saat untuk unlock telefon.

Baterinya pula berkapasiti 3340mAh dan mampu bertahan sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan penuh.

Kemaskini EMUI 5.0 Optimumkan Kemampuan Honor 6X

Mulai 18 Mei 2017, pengguna Honor 6X boleh memuat turun kemaskini EMUI 5.0.

Kemaskini ini disertakan bersama Android Nougat 7.0 bertujuan untuk membawa satu pengalaman baru dan lebih baik kepada Honor 6X.

EMUI 5.0 datang dengan ‘Machine Learning Algorithm’, yang akan mengkaji tabiat penggunaan anda dan mengoptimumkan keutamaan pemprosesan telefon untuk disesuaikan dengan gaya penggunaan anda.

Ia bertujuan untuk memastikan ia kekal pantas mengikut gaya penggunaan anda dan membolehkan anda mendapat akses kepada kebanyakan ciri-ciri dengan tidak lebih daripada tiga klik.

Ia didatangkan dengan ‘virus scanning’ yang akan mengesan virus yang diketahui dan tidak diketahui.

Bagi anda yang setiasa ragu-ragu untuk membuka hiperpautan, EMUI 5.0 imbasan hiperpautan dalam masa nyata supaya pengguna akan diberitahu jika ada penipuan dan virus dikesan dalam imbasan.

Sumber : GabraMY – Honor Brings Operating System Upgrade To Its 6X

Harga Ditawarkan Bagi Honor 6X

Review Honor 6X Bro Framestone
Honor 6X hadir dengan 3 pilihan warna – perak, kelabu dan juga emas.

Seperti yang anda sedia maklum, Honor 6X didatangkan dalam 2 versi iaitu 3GB RAM dengan 32GB storan ditawarkan pada harga RM1199.

Sementara model 4GB RAM dengan storan 64GB berharga RM1399.

Harganya kini mungkin lebih murah, dan anda boleh belinya di LAZADA MALAYSIA – Honor 6X.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Honor 6X Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan Bersama Fungsi Dwi-Kamera

  1. tengok harga tu okey la within budget..SA tengh cari hp baru ni..nak camera yang hasilnya tip top..hp sekarang dh retak seribu screen nya..nanti nak pi skodeng la..

  2. Menarik juga phone ni ada rancangan nak cari satu lagi yang baru hehehehe tengoh fikir2 mana tahu phone ni penuhi kehendak. Dah berapa orang dapat???

  3. rasanya mostly new coming smartphone dtg dgn dual-kamera.. and bokeh feature.. for me yg pemalas nak bawak my ‘bulky old friend’ – selalu opt for smartphone for certain event… jadi sgt laa mudah kalau ada smartphone + quality camera + cool feature… hahhaha

Leave a Reply

Top