17,162,198 total views, 2,764 views today

EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Sesuatu yang lebih mencabar dan futuristik bakal diperkenalkan kepada pengila game VR (Virtual Reality) yang inginkan satu pengalaman yang berbeza dan mencabar.

Jika sebelum ini, anda mungkin biasa mendengar mengenai game VR (Virtual Reality) dimana anda seperti berada didalam permainan itu sendiri.

Kali ini, EXA Global – syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.



Teknologi Hyper-Reality membawa teknologi VR (Virtual Reality) lebih kehadapan.

Membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam dimensi yang berbeza dimana memerlukan permain bergerak (aktiviti fizikal) untuk memastikan perjalanan permainan lebih mengujakan.

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Anda sendiri boleh berkomunikasi dengan rakan kumpulan, merasai sendiri pengalaman diserang dan menembak seperti anda betul-betul berada dalam dunia sebenar.

Yup, ada aksi tembak menembak.

Gambar Bro tengah berangan-angan macam mana game ini dipermainkan sebelum majlis pelancaran bermula.

Bro tak tahu nak ceritakan macam mana, Korang kena rasai sendiri baru tahu best atau tidak.

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Senjata yang digunakan dalam permainan ini.

Dalam permainan, anda boleh upgrade senjata sama ada ketika bermain ataupun berjaya menamatkan misi (tapi masih pakai senapang yang sama dalam dunia nyata he..23x).

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Untuk keselamatan,

Pegawai juga disediakan untuk memberi arahan keselamatan sewaktu bermain. Supaya permainan ini selamat dimain dan tidak membahayakan pemain mahupun pemain lain (Tembak member sendiri, member tak mati tau).

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Antara peralatan atau gajet yang perlu dipakai oleh pemain sekiranya ingin bermain permainan ini.

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Markah dipamerkan terus pada paparan TV yang disediakan.

EXA Setiawalk Outpost Pertama di Rantau Asia Tenggara

EXA Setiawalk Outpost merupakan yang pertama di Rantau Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan menyeluruh pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini.

Asas bagi setiap projek yang dibangunkan dalam permainan ini bertujuan pemain merasai teknologi terkini, terlibat sama dalam perjalanan cerita dan bermain permainan ini dalam bentuk satu kumpulan.
EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
SetiaWalk Outpost merupakan projek pengembaraan, dimana kami menjemput kawan dan keluarga untuk menjelajah, kuasai, bertahan dan pulang ke rumah dengan pengalman yang boleh dikongsikan bersama. Dari saat anda menempah tiket, kami mahu anda merasai pengalaman bersama-sama sebagai satu kumpulan” – Mr. Richard Lee, CEO EXA Global

Komunikasi & Team Building merupakan aspek yang ditekankan dalam projek Hyper-Reality dari EXA Global. Ia membolahkan orang ramai berkumpul dan merasai peluang bekerjasama dalam mencapai kejayaan bersama.
EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality

EXA SetiaWalk Outpost, Puchong. New Hyper-Reality
Susun atur ruang permainan bagi menimbulkan perasaan sebenar kepada pemain.

EXA SetiaWalk Outpost Promotion
EXA Setiawalk Outpost akan mula beroperasi secara rasmi pada 3 Jun 2017.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pemainan terbaru abad ini pada harga PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 – RM65.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web / sosial media atau datang sendiri ke alamat berikut :-

EXA SetiaWalk Outpost

B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333

Facebook: www.facebook.com/EXAGlobal
Instagram : www.instagram.com/exaglobal
Website: www.exa-global.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “EXA Global Perkenalkan Pengembaraan Dimensi Hyper-Reality Di EXA SetiaWalk Outpost, Puchong

    1. Yup, jom la nanti cuba mana tahu leh kurus ke kan

  1. wah !! bestnye !! wajib singgah ni sebab dah tak jauh dengan kakak.. hee~ tengah murah kan.. wajib grab jugak !!

    1. Wajib ajak kenkawan… Main sensorang tak best hahahah

  2. tidak dinafikan game VR memenuhi keperluan dan citasa anak-anak muda yang suka dengan cabaran

Leave a Comment