You are here
Home > Bersama BroFramestone > Majlis Berbuka Puasa Metrowealth Bersama Ibu Tunggal & Anak Yatim Taman Medan

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth Bersama Ibu Tunggal & Anak Yatim Taman Medan

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Alhamdulillah, Tahun ini berkesempatan untuk hadiri majlis berbuka puasa di Wisma Metrowealth bersama penghuni dari Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Taman Medan.

Terima kasih kepada staf Metrowealth (MIG) Kerana sudi menjemput Bro setiap tahun untuk berbuka puasa bersama-sama.



Boleh dikatakan setiap tahun Metrowealth (MIG) mengadakan majlis seperti ini.

Jika Bro berkesempat, insya’lah Bro akan hadir dan turut serta menjayakan majlis ini.
Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Metrowealth (MIG)

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Turut hadir beberapa rakan artis yang merupakan MIG Talent, meluangkan masa melayan tetamu yang hadir.

Kalau ikutkan,

Ini bukan satu-satunya majlis berbuka puasa yang diadakan oleh MIG pada tahun ini.

MIG turut menganjurkan beberapa majlis berbuka puasa bersama golongan yang kurang berkemampuan, antara rumah kebajikan yang terlibat adalah :-

  • Rumah Bakti Nur Syaheera (Cheras)
  • Rumah Penjagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas (Puchong)
  • Rumah Bakti Al Kausar (Bandar Baru Bangi)

Program seperti ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dari pihak MIG terhadap golongan yang memerlukan selain dapat memupuk kesedaran / sikap mengambil berat tentang masyarakat sekitar.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Metrowealth (MIG)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Metrowealth (MIG)

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Menurut David Teo,

Ini sebenarnya merupakan satu peluang untuk menjalinkan kemesraan serta merapatkan jalinan ukhwah diantara artis, anak-anak kurang berkemampuan serta staf MIG yang lain

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Selain berbuka,

Tetamu yang hadir dihiburkan oleh rakan artis yang hadir dan turut menerima duit raya dari Mejar (K) David Teo yang mampu menambahkan senyuman diwajah mereka untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma.

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Tidak lupa juga,

Beberapa keperluan asas turut diserah kepada wakil Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Taman Medan.

Apa-apa pun moga Ramadan kali ini, lebih bermakna kepada semua rakan-rakan.

Jika ada salah & silap selama ini, harap dimaafkan. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan kepada semua. Moga kita dapat bertemu lagi di Ramadan akan datang.
Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG)
Bicara Bro : Terima kasih Mr. David Teo atas duit raya tahun ini. Tiap tahun, tak pernah miss duit raya dari beliau.

Diharap tahun ini, lebih banyak projek dapat kita usahakan bersama 😉

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Metrowealth Bersama Ibu Tunggal & Anak Yatim Taman Medan

Leave a Reply

Top