You are here
Home > Jalan Cari Makan > Diskaun 10% Menikmati Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay

Diskaun 10% Menikmati Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay

Bufet Ramadan De Palma Hotel, Shah AlamAlhamdulillah, ini masuk tahun ke-4 sepanjang 5 tahun ini dapat berbuka bersama rakan-rakan blogger di De Palma Hotel, Shah Alam.

Menariknya tahun ini, berbuka sambil ditemani oleh nyanyian dari Jay Jay, bekas vokalis kumpulan Carefree.

Bagi orang lama,

Sambil berbuka sambil mengimbau kenangan lama. Cewahhhhh….!!!

Lebih-lebih lagi bila Jay Jay menyanyikan lagu Belaian Jiwa (Lagu yang dipopularkan semula oleh Innuendo), Rindu Bayangan, Joget Angan Tak Sudah dan Cukuplah Sekali.
Bufet Ramadan De Palma Hotel, Shah Alam
Memang tangkap leleh….

Ok, itu je Bro nak ceritakan tentang Jay Jay. Kot-kot korang teringin nak berbuka puasa sambil menikmati nyanyian darinya, Anda boleh berbuka dengan Bufet Ramadan di De Palma Hotel, Shah Alam.

Ada diskaun 10% untuk pembaca Blog Bro Framestone. Bagaimana?

Baca artikel ini hingga akhir 😉

Selain Jay Jay, turut ada persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One, ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz.
Bufet Ramadan De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel, Shah Alam 2017

Bufet Ramdan tahun ini menyajikan beberapa jenis hidangan Melayu asli yang bertemakan ‘Sajian Dapur Bonda’ oleh Chef Azharuddin seperti Gulai Lemak Perut dan pucuk, Siput Sedut Cili Padi, Asam Pedas Keladi, Fish Ponds Pindaan Pineapple dan banyak lagi.

Terdapat 15 gerai disediakan untuk anda.

Dan ini, 3 menu paling menjadi pilihan Bro (Fav Bro) bila datang berbuka di sini.
Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam
1 – Sup Kambing Meletop! – Sama seperti tahun sebelumnya, hidangan ini menarik perhatian Bro. Rasanya berbeza sedikit yang pasti memang sedap.

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam
2 – Gulai Kawah – Fav Bro sepanjang zaman

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam
3 – Serawa Durian – Ini Bro jumpa di gerai Roti Jala. Cuma Bro lebih suka makan serawa durian bersama roti (yang ini, bro ambil dari gerai bahagian sup kambing & gulai kawah)

3 hidangan ini, cukup membangkitkan nafsu dan beri nikmat kepada Bro ketika berbuka.

Bagaimanapun citarasa setiap orang berbeza. Jom tengok apa lagi menu yang turut disajikan di Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel Shah Alam ini.

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam
Selain itu menu-menu dan stall yang ada adalah Selera Raja Sehari – ayam goreng berempah, Daging kerutuk de palma dan lain-lain lagi, Juadah berbuka berunsurkan makan Cina dan India, Daging Gulai Kawah, Sup Kambing Meletup, Dessert, Kueh Mueh Tempatan,

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Istimewa Aidilfitri – redang, pulut daun palas, aku serunding, Roti john, Korean chicken bulgolgi, Selera pantai timur, Ikan keli goreng berlada, Rojak buah, Goreng-goreng Cucur udang thai sauce, Indian station, Roti canai, Murtabak, Mee rebus, Mee kari Asam laksa, Kambing golek, Fried kueh tiaw kerang, Ikan bakar portuguese, Kurma, Nasi, ayam kapitan, Roasted Chicken, Sengkuang calit, Jambu batu, Roti jala serawa durian dan Yong tau fu.

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan De Palma Hotel Shah Alam

Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel

Iftar Bersama Rakan Blogger di De Palma Hotel, Shah Alam
Harga bufet di De Palma Hotel Shah Alam bagi Dewasa : RM 69.00 dan Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00.

Manakala harga bufet di De Palma Hotel Ampang bagi Dewasa : RM 85.00 dan Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM45.00.

Untuk harga bufet di De Palma Hotel Kuala Selangor pula, bagi Dewasa : RM 49.90 dan Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00.

Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah PERCUMA.

Bagi anda yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080.

Juga boleh melalui online di http://www.depalmahotelonline.com/

De Palma Hotel Ramadhan Buffet
Nikmati Diskaun 10% jika membuat tempahan dengan menyatakan kod : BLOG BROFRAMESTONE (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)

De Palma Hotel Shah Alam
19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor

De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

De Palma Hotel Kuala Selangor
Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia



Booking.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Diskaun 10% Menikmati Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay

  1. Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, best sangat kalo ada orang kongsi offer2 pakej berbuka camni..menu yang ditunjukkan pun nampak sedap..semua menu ke tu?

Leave a Reply

Top