March 28, 2024

Nasi Briyani Sayang Antara Keistimewaan Di Bazar Ramadan Kelana Jaya

Jalan di Bazar Ramadan Kelana Jaya
Bazar Ramadan Kelana Jaya, mengimbau kenangan lama sepanjang menjadi warga disini diantara tahun 2005 – 2012 (Sebelum kahwin).

Banyak yang dah berubah, lebih meriah dari biasa.

Ada juga peniaga yang Bro kenali, dan ada juga muka-muka baru.

Tidak lupa juga pengunjung yang datang… Ada beberapa muka lama, dan selebihnya memang la bro tak kenal (Gila apa kenal semua orang satu bazar yang datang hahahaha).

Jalan di Bazar Ramadan Kelana Jaya
Terima kasih kepada beberapa orang kenalan yang sudi tegur Bro.

Maaf rakan-rakan yang Bro terlupa nak bergambar sama. Tak menjangka akan temui orang yang Bro kenal di sini.

Walaupun Bro datang agak awal (4.30 pm), beberapa gerai baru nak setup untuk berniaga, tetapi agak ramai juga pengunjung yang datang.

Waktu Bro duduk disini dulu.

Kul 7 malam baru Bro jenjalan dekat bazar, kenkadang ada rezeki dapat harga murah or dapat free. Lebih best, bila tak sempat nak balik rumah, so join berbuka dengan peniaga bazar bersama-sama.

Rindu saat ini….

Rindu segala kenangan bila berada di sini.

Disini Bro kongsikan beberapa gerai yang sempat Bro singgah sewaktu datang ke Bazar Ramadan Kelana Jaya ini.

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya
Milik kenalan Bro sewaktu zaman Universiti (kami study di Kelana Jaya juga). Dari tahun lepas Bro perasan mereka mula berniaga di bazar ramadan sini.

Selain bulan Ramadan pula,

Mereka rajin berniaga disana-sini. Boleh dikatakan setiap hari mereka berniaga & kadangkala buat katering dikawasan sekitaranya. Murah rezeki suami isteri dan keluarga.

Dengar cerita member Bro ini, pensyarah. Wow…!!!
Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya
Apa yang menariknya di gerai Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya ini?

  • Nasi Briyani Sayang + Kambing Briyani = RM13
  • Nasi Briyani Sayang + Daging Briyani = RM 13
  • Nasi Briyani Sayang + Ayam Briyani @ Ayam Merah = RM 10

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya

Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya
Gerai mereka merupakan gerai pertama di Bazar Ramadan Kelana Jaya.

Sekiranya anda datang ke sini. Masuk-masuk bazar je dah jumpa gerai mereka ini.

Untuk khidmat katering, anda boleh hubungi nombor 019-373 1978 (Mention nama Blog Bro Framestone, mana tahu ada free gift he…23x)

Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya

Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya
Tidak jauh dari gerai Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya, terdapat gerai Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya.

Dimiliki oleh orang yang sama juga, tahun ini dia dapat 2 tapak cuma tapaknya agak jauh sedikit dari tapak yang pertama.
Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya

Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya

Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya
Apa yang terdapat di sini :-

  • Nasi Tomato Sayang + Ayam Merah = RM6
  • Nasi Tomato Sayang + Daging hitam utara style = RM7.50

Bukan senang nak jumpa daging hitam utara style dekat area KL.

Gerai Masakan Nogori 9

Gerai Masakan Negeri Sembilan Bazar Ramadan Kelana Jaya
Bagi sesiapa yang mengidam masakan orang Negeri Sembilan, meh singgah ke gerai ini.

Gerai ini milik mak angkat Bro, dari 2005 hingga sekarang masih setia berniaga di sini. Dulu rajin beno Bro lepak kedai dia berbuka sama.
Gerai Masakan Negeri Sembilan Bazar Ramadan Kelana Jaya

Gerai Masakan Negeri Sembilan Bazar Ramadan Kelana JayaBagi anda yang punyai kesempatan, meh singgah.

Antara menu yang dijual di sini :-

  • Ghondang Kerang
  • Ayam Masak Merah
  • Ayam Ghondang Cili Api
  • Daging Ghondang N’gori
  • Ghondang Limpa
  • Ikan Koli Belado
  • Udang Masak Sambal
  • Lampong Goreng Belado

Dan banyak lagi,

Rambang juga mata Bro tengok lauk pauk yang dijual di sini.

Jika dulu (zaman bujang) hampir tiap-tiap hari beli dekat sini, dan fav Bro….. semestinya gulai tempoyak pucuk paku + petai .
Gerai Masakan Negeri Sembilan Bazar Ramadan Kelana Jaya

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Nasi Briyani Sayang Antara Keistimewaan Di Bazar Ramadan Kelana Jaya

  1. Terima kasih sudi review kami ????. Kami di sayang food & catering sedia menerima tempahan & menawarkan free consultation untuk anda dengan masakan keistimewaan kami , Nasi Briyani Sayang !!
    Sila hubungi 0193731978-Fara untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

  2. Terima kasih sudi review kami ????. Kami di sayang food & catering sedia menerima tempahan & menawarkan free consultation untuk anda dengan masakan keistimewaan kami , Nasi Briyani Sayang !!
    Sila hubungi 0193731978-Fara untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Leave a Reply to Olaoli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *