Sepetang Bersama Blogger 2017 #SBB2017 @ MaTIC Kuala Lumpur

17,016,446 total views, 96 views today

Sepetang Bersama Blogger 2017 #SBB2017 @ MaTIC Kuala Lumpur

Sepetang Bersama Blogger 2017
Alhamdulillah, Berakhirlah sudah Sepetang Bersama Blogger 2017 (SBB2017) yang berlangsung di MaTIC Kuala Lumpur dimana berjaya mengumpulkan lebih 300 blogger dari dalam & luar Malaysia.

Kalau ikutkan, SBB2017 kali ini Bro tidak dapat untuk turut serta atas sebab-sebab tertentu.

Tetapi Bro kuatkan diri untuk cuba hadir dan tidak sesekali melepaskan peluang untuk hadir ke acara tahunan blogger anjuran Denaihati Network lebih-lebih lagi bila Bro tidak pernah miss dari edisi pertama hingga kini.

Sebagai permulaan,

Bro ingin mengucapkan setinggi tahniah & terima kasih kepada Tn Haji Amir Denaihati dan team #DenaihatiNetwork kerana sudi menerima kehadiran Bro disaat akhir.

Sepetang Bersama Blogger 2017Walaupun Bro hanya mampu RSVP kurang dari 24 jam sebelum acara bermula.

Maaf buat rakan-rakan yang temui Bro tempoh hari semasa SBSB. Sepanjang hari Bro terpaksa bergantung dengan ubat.

Itu kenkadang nampak macam ok, kenkadang macam….. (mungkin ada yang perasan).

Bro juga banyak menyendiri atau duduk di ruang yang terbuka untuk memberi lebih ruang kepada diri sendiri.

Bukan sebab Bro sombong atau …. Bagi yang kenal Bro, dorang tahu Bro seorang yang agak mesra rakyat.

Tapi bagi yang tak kenal Bro, maybe dorang tertanya-tanya, ‘Siapa mamat nie? Awat ramai orang nak bergambar dengan dia nie?

Retis ke?’

Yup, saya Retis punya blog owner – www.blogretis.com

Kehadiran Muka Baru Memeriahkan Lagi #SBB2017

Sepetang Bersama Blogger 2017
Tahniah, kali ini Bro nampak lebih ramai muka baru berbanding muka lama. Ada yang Bro kenal dan ada yang tak kenal Bro, siap jeling-jeling Bro lagi.

Awatnya? Tak pernah nampak laki orang yang nampak macam orang bujang + hot stuff ke? he…23x

Paling menarik, ada juga bukan blogger turut hadir. Diharap dimasa lain, lebih banyak ‘bukan blogger’ hadir sebagai peserta.

Pemilihan ahli panel agak bertepatan dengan kehendak semasa. Soalan tidak putus-putus diajukan oleh peserta. Hingga kini, ianya masih lagi menjadi perbualan rakan blogger walaupun mereka tidak hadir pada SBB tempoh hari.

Baca : Personal Branding.

Begitu juga dengan tudung iBawal, tak putus-putus peserta cuba mendapatkannya.

Selama Blogger perempuan je yang berusaha mendapatannya (sampaikan tudung sample pun tidak dapat dikesan kemana hilangnya), Bro tengok dari jauh je.

Tapi teringin nak buat review tentang tudung iBawal yang mampu mengeluarkan bau wangi selepas digosok-gosok.

Cuma, kehadiran wakil dari pihak penaja tidak seperti yang Bro harapkan seperti tahun sebelumnya. Lebih banyak letak barang dari tampil dan dekati blogger secara lebih rapat.

Jika diperhatikan, tahun sebelumnya Bro lebih banyak luangkan masa di booth penaja, untuk bertukar namecard, contact – mana tahu ada projek atau usahasama dapat dijalinkan.

Satu kerugian di situ.

Masa Agak Terhad Dengan Pengisian Yang Padat

Repentant Bersama Blogger 2017
SBB2017 kali ini terbahagi kepada 2 slot, yakni sesi petang & malam.

Bagaimanapun, masa sebenarnya agak terhad untuk rakan blogger terutamanya dari jauh untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan yang hanya dapat ditemui setahun sekali (sewaktu SBB sahaja).

Ada yang hanya dapat hadir sesi petang dan terus pulang ke utara / selatan.

Ada juga yang hanya hadir pada sesi malam yang lebih meriah kerana ada tanggungjawab lain pada waktu siangnya.
Repentant Bersama Blogger 2017
Bro juga dapati, ada beberapa blogger juga kurang sihat (sama seperti Bro) tetapi berusaha untuk hadir. Diharapkan kesihatan mereka kembali pulih, dan dipanjangkan usia olehNya.

Terutamnya, Kak Cik yang sejak kebelakangan ini, asik keluar masuk wad je.

team CVS Production & Firdaus FeeqTerima kasih kepada Team CVS Production & Firdaus Feeq kerana sedaya upaya mengumpulkan segala bukti kemeriahan SBB kali ini. Agak kecewa bila tiada photobooth sewaktu majlis malamnya.

Selamat sekarang Instagram dah boleh muatkan banyak gambar dalam satu post.

Tetapi, ramai yang perasan – Goodies bag kurang meriah seperti tahun sebelumnya.

Jika dulu, sampai tak cukup tangan si blogger nak bawa balik segala goodies dan hadiah / cenderamata ditawarkan oleh pihak penganjur dan penaja.

Pernah satu ketika, penuh kereta Bro he…23x

Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih pengisian dan lebih ramai orang boleh sertai.

Iklan : Rasanya dah boleh banned Rawlins Glam dari tercalon dalam mana-mana ‘acara yang beliau asik menang’. Bagi can la pada lelaki lain untuk menang juga.
Sepetang Bersama Blogger 2017
Sepetang Bersama Blogger 2017

Rawlins & Red Mummy yang dinorbatkan sebagai Putera & Ratu Pakaian Terbaik pada tersebut.

Adakah SBB2017 Yang Terakhir?

Sepetang Bersama Blogger 2017
Dah beberapa tahun, pihak penganjur asik menjaja cerita bahawa ‘Ini SBB yang terakhir’ (Walaupun ada kebenarannya 50 – 50)

Bagaimanapun tiada istilah ‘SBB Terakhir’ bagi kami.

Kalau rasa tahun depan pihak Denaihati xnak buat Sepetang Bersama Blogger. Diharapkan boleh pertimbangkan cadangan ini sama ada buat aktiviti Sepagi / Semalam / Seminggu Bersama Blogger.

Salam Blogger Buat Rakan Blogger,

Bro Framestone – Bapak Ramainya Blogger Yang Datang Semalam, & Bro tak Mampu Nak Bersembang Lama T-T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. SBB2017 kali ni tak dapat join…janganlah jadi yang terakhir pula…rasanya ramai juga blogger muka lama yang tak dapat join kali ni..kebanyakannya clash tarikh…hehe

  2. salam perkenalan dari Ana broretis. saya masih baru dalam dunia blog walaupun blog dah lama di wujudkan. mohon tunjuk ajar.

    SBB 2017 merupakan pengalaman pertama saya. alhamdulillah sedikit sebanyak ada ilmu yang boleh di hadam dan di praktikan. semoga program seperti ini d teruskan pada masa akan dtg.

  3. aku rasa sekejap sangat SBB kali ni..tapi nasib baik le pengisian dalam tu agak mantap. dapat le kenal ngan ramai blogger-blogger baru…tu aku kurang campur ngan blogger-blogger yang lama..:D

  4. yeayy!!dapat duduk sebaris dengan top blogger dalam dewan .. semoga mutu SBB akan datang dapat dipertingkatkan lagi dengan pengisian yang lebih padat..

    I love #SBB!

  5. Nampak Bro tak sihat hari tu.. kita nie banyak kali dah jumpa tapi sekali pun tak pernah bergambar.. lain kali ambik gambar hokay Bro.. nak juga tumpang glamour.. hehehe..

  6. cuba juga cari-cari muka saya kot-kot ada, tapi tak ada pulak.

    tiba-tiba teringat.

    eh! saya mana berkesempatan nak pergi sana.

    uhuhuhuhu. sedihh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *