Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia Kini Boleh Didapati Satay Station

17,016,888 total views, 538 views today

Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia Kini Boleh Didapati Satay Station

Sate Tuna Jabatan Perikanan Malaysia
Ada peminat sate tak di sini?

Mungkin anda sebelum ini pernah rasa sate ayam, daging, arnab, rusa, tulang dan kajang (sate kajang nama kedai la) Kali ini, Bro ingin perkenalkan kepada anda Sate Tuna.

Yang menariknya, menu sate terbaru ini dikatakan boleh memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan sate tempatan.

Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia

Sate Tuna Jabatan Perikanan Malaysia

Sate Tuna dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3.

Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan.

Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat.
Sate Tuna Jabatan Perikanan Malaysia
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,

Sate tuna merupakan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu, merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di Negara ini.

Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna
Sate Tuna MAHA 2016
Alhamdulillah,

Masa MAHA 2016 tempoh hari, Bro berpeluang menikmati Sate Tuna ini sendiri. Rasanya agak sedap, ada rasa macam ayam sikit-sikit tapi bukan ayam dan isinya padat.

Bagi yang pertama kali merasakannya pasti akan terkejut bila mengetahuinya sate ini dihasilkan dari Ikan Tuna (Bro salah seorang yang terkejut tempoh hari).

Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station

Sate Tuna Jabatan Perikanan MalaysiaSebagai permulaan Sate Tuna boleh didapati dimana-mana cawangan Satay Station.

Syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2.

Cara ini dapat mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna,.

Melalui pembukaan cawangan baru Satay Station di KLIA2 ini, diyakini mampu memperkenal sate tuna bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau.

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara.

Ini merupakan satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.

Peluang Memulakan Perniagaan Sate Tuna

Sate Tuna Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan.

Permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Jabatan Perikanan Malaysia (Unit Komunikasi Korporat)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel : 03 – 8870 4234
No. Faks : 03 – 8881 0343
Email : ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *