April 23, 2024

Ciri Istimewa Yang Terdapat Pada Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8
Ada sesiapa disini tercari-cari telefon idaman seperti Samsung Galaxy S8?

Hari ini, Bro ingin berkongsikan beberapa info menarik mengenai Samsung Galaxy S8 yang dikatakan agak berbeza dengan model sebelumnya.

Begitu juga dengan peranti semasa.

Apa yang istimewa tentang Samsung Galaxy S8 ini? jom kita baca tentang 4 Ciri Istimewa Pada Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8 - Infinity Display1- Rekaan Berbeza Dari Peranti Semasa

Samsung Galaxy S8 hadir dengan rekaan yang lain dari yang lain sekaligus membawakan perubahan kepada rekaan peranti semasa.

Rekaan serba baru dengan skrin menyeluruh dan bingkai yang sangat nipis yang dikenali sebagai “Infinity Display”.

Ianya lebih panjang dari model sebelumnya dengan paparan skrin lebar 5.8″ disertakan sokongan HDR10 yang terbaik di pasaran (ketika ini).

Membolehkan paparan imej lebih hidup, tajam dan warna lebih menyerlah.

2- Kalis Air & Debu

Samsung Galaxy S8 mampu ‘menyelam’ dalam air sedalam 1.5 meter dengan kadar masa 30 minit.

Itu air jernih tau. Bukan air laut.

3- Kekuatan Pada Kameranya (Sumber Gambar : ubergizmo)
Kamera Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8 hadir dengan kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dengan sokongan OIS dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel f/1,7 dengan sokongan auto fokus.

Gambar masih lagi menarik walaupun tanpa sistem dwi-kamera padanya berbeza dengan peranti yang sedia ada dipasaran ketika ini.

Bagi fungsi rakaman video, tetapan tertingginya – 4K 30fps. Manakala bagi rakaman video HD 1080px (30fps atau 60fps) dan 720px (30fps).

4- Fungsi Pengimbas Mata
Pengimbas Mata Samsung Galaxy S8
Untuk meningkatkan tahap keselamatan,

Fungsi pengimbas anak mata diperkenalkan sebagai fungsi sampingan selain pengimbas cap jari. Sebab ada masanya anda agak sukar untuk menggunakan fungsi pengimbas cap jari ataupun fungsi patern.

Lebih ketara, pengimbas cap jari yang selalu terdapat pada butang home pada bahagian hadapan telah dipindahkan ke belakang.

Bagaimanapun sistem imbasan anak mata ini tidak menyokong pengguna yang memakai cermin mata. Sebagai alternatif sistem imbasan wajah turut diperkenalkan.

Selepas ini, anda boleh unlock telefon anda dengan mengimbas wajah anda sahaja.

Harga Samsung Galaxy S8

Harga jualannya pula – RM 3,299 seunit (Harga sewaktu dilancarkan tempoh hari di Malaysia).

Atau anda boleh dapatkan ia lebih murah di Carousell – Samsung Galaxy S8.
Carousell Samsung Galaxy S8

Malangnya,

Bukan setiap masa anda berpeluang untuk dapatkan telefon ini pada harga lebih murah dari pasaran ataupun 2nd hand. Kebanyakan yang menjualnya pada kuantiti terhad.

Siapa cepat, dia dapat.

Anda juga boleh menjual apa-apa sahaja di Carousell. Hanya perlu cipta akaun, ambil gambar barang yang ingin dijual muat naik di dalam akaun Carousell anda. Mudah bukan?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Ciri Istimewa Yang Terdapat Pada Samsung Galaxy S8

  1. Been reading up on Samsung S8. Not sure if I should splurge on a phone this pricey or once again go cheap and get a Xiaomi! Obviously can’t compare these two but the budget is the decision maker. LOL

  2. Dulu pernah jadi pencinta setia gajet Samsung namun kini telah beralih arah bukan kerana benci tapi kerana sedar diri tak mampu nak miliki gajet semahal Samsung…hehe

Leave a Reply to Afif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *