You are here
Home > Iklan > Portal Membeli-Belah Online ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi

17,447,085 total views, 6,296 views today

Portal Membeli-Belah Online ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi

ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi
Portal membeli-belah atas talian, Roopawan telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2017 lalu oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Portal Roopawan yang menyenaraikan lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa menerusi platform e-dagangnya memfokuskan kepada pasaran fesyen Muslim, produk kecantikan halal termasuk kelengkapan ibadah.

ROOPAWAN Dilancarkan Secara RasmiSemenjak diperkenalkan mulai Ogos 2016 yang lalu, Roopawan telah mencatatkan sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik.

BACA : Portal Beli Belah Online Roopawan Sasar Pasaran Global Muslim

Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang popular di kalangan selebriti.

Roopawan mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi penembusan pasaran ke seluruh Asia Tenggara kelak menerusi strategi pemasaran yang berkesan selain sokongan pelabur berpotensi” – Mohd Fuad Mohd Noor, Pengasas bersama Roopawan.

Antara jenama antarabangsa yang menyertai termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Roopawan menyasarkan kepada pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Roopawan melihat potensi dunia perniagaan atas talian Muslim yang belum diteroka sepenuhnya, justeru Roopawan dilihat berada pada kedudukan strategik untuk berkembang lebih jauh” – Siti Amalina Ariffin, Pengasas bersama Roopawan.


Kempen Lebaran Roopawan

ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi

ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi
Kempen #LebaranRoopawan Turut diperkenalkan Kempen #LebaranRoopawan menampilkan seleksi fesyen Aidilfitri 2017.

Antara jenama yang diperagakan termasuk Nawre, Eddymohaizz, FAKL x Hijrah Couture, Bajufoundry, Syaraz Couture, Tuhfah selain koleksi oleh Karyaneka.

Peragaan fesyen Aidilfitri pada majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Ismail Izzani selain kehadiran selebriti remaja Nabila Razali, Mia Sara dan lain-lain.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini.

Roopawan Marketing Sdn Bhd
Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur

Facebook Roopawan | Instagram Roopawan

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Portal Membeli-Belah Online ROOPAWAN Dilancarkan Secara Rasmi

Leave a Reply

Top