You are here
Home > Bersama BroFramestone > Repair Macbook Secara Face to Face di Chamo, Bandar Baru Bangi

Repair Macbook Secara Face to Face di Chamo, Bandar Baru Bangi

Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi
Tertekan juga bila Macbook rosak dan banyak kerja terbengkalai. Lebih-lebih lagi ia banyak membantu dalam mencari rezeki seharian.

Meroyan gak la ketika itu, sehinggakan Uncle Zuan hubungi Bro.

Katanya, dia ada kenalan yang boleh repair Macbook Bro. Dia akan repair depan kita kalau masalah tak teruk sangat, hari itu juga akan siap.

Baca : Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo Bangi



Bro ada baca artikle dia tentang tempat ini, cuma tak tahu pula dekat sini ada menyediakan perkhidmatan repair Macbook / laptop.

Lagipun tempoh hari terbaca juga artikle dari Khir Khalid yang menyatakan beliau pernah hantar handphonenya untuk direpair di sini. 30 minit je dah siap?

Biar betul…!!!

Baca : Repair iPhone Face To Face di Chamo Bangi 30 minit.

Alang-alang Bro nak pulang ke selatan tanah air, boleh juga Bro singgah ke kedai mereka. Tak sukar pun nak cari tempatnya walaupun Bro agak kurang biasa dengan kawasan Bangi.

Bagaimanapun, Bro dah buat appointment sebelum datang.
Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi

Mereka check apa prob yang sebenarnya dihadapi oleh Macbook ini selepas mendengar sedikit penjelasan / kronologi kejadian yang telah menimpa Macbook ini.

Agak sedih juga bila dengar Bro bercerita, ayat berterabur…. Patut la jadi blogger je sekarang nie.

Maka satu per satu diagnosis dilakukan untuk mencari punca dan mengesahkan situasi yang tengah dihadapi oleh Macbook Bro.
Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi

Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi
Akhirnya,

Punca diketahui. Grafik kad rosak walaupun dah digantikan beberapa bulan dahulu sebelum ia bertukar tangan kepada Bro (mampu beli 2nd hand je).

Harganya boleh tahan juga, tapi bila tanya member-member yang lain. Harga standard je tue, tapi agak parah gak la terutama bagi Bro yang tersangkut mata pencarian dek disebabkan kerosakan Macbook ini.

Disebabkan stock ada,

Maka tidak mengambil masa lama untuk menyiapkannya. Yup, betul-betul depan Bro mereka buka, periksa, gantikan serta diselitkan dengan beberapa tip bagi pengguna seperti Bro.
Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi
Alhamdulillah, terima kasih dengan tip yang tidak ternilai ini. Baru rasa berbaloi dengan jumlah yang Bro akan bayar.

Tak sampai sejam, semuanya dah siap dan Macbook beroperasi seperti biasa dan mereka letakkan beberapa setting untuk melajukan proses pada Macbook ini.

Terima kasih sekali lagi.
Repair Macbook Face to Face Di Chamo Bangi
Maka, jika korang ada masalah macbook / laptop ataupun tablet / telefon pintar. Tak kisah skrin pecah, bateri kong mahupun anda ingin ianya siap cepat (kenkadang ada kedai makan masa berhari baru disiapkan).

Anda boleh bawanya ke cawangan ini. Lokasi anda boleh rujuk maklumat dibawah ini.

Chamo – Smartphone Repair Centre
No. 50, Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi, 43650, Bangi, Selangor.
Landmark: Sebaris Sup Urat Keting (Blok tengah).

Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam (Tutup Ahad).
Hubungi: 018 988 6531 (Admin).

Website: www.chamobangi.com.my
Fb: www.facebook.com/ChamoBangi
Ig: www.instagram.com/chamo_bangi

Ok, itu sahaja buat kali ini. Alhamdulillah, rasa tenang je hati bila Macbook dah kembali pulih. Maka boleh selesaikan segala urusan yang tertangguh.

Bro gerak terus balik Johor, nak sambut 1st puasa di sini.

Selamat Berpuasa Buat Semua Pembaca Blog Bro Framestone.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Repair Macbook Secara Face to Face di Chamo, Bandar Baru Bangi

Leave a Reply

Top