April 25, 2024

Perrier Perkenalkan Mixologi Minuman Yang Menyegarkan

Perrier Perkenalkan Mixologi Minuman Yang Menyegarkan
Peneraju air mineral semulajadi sparkling – Perrier, telah memperkenalkan mixologi minuman yang sihat dan menyegarkan baru-baru ini di Hotel Bejaya Times Square.

Air mineral semulajadi sparkling – Perrier ini sesuai untuk diminum sepanjang hari kerana ia mengandungi bikarbonat dan sodium yang paling rendah.

Sekaligus membolehkan Perrier mudah dicampur dengan minuman atau bahan-bahan lain seperti beri dan halia bagi mencapai manfaat kesihatan yang lebih baik.

Kredit Gambar : Nurul Zayani



Perrier wujud sejak 150 tahun yang lalu dan merupakan 100% minuman mineral sparkling semulajadi.

Perrier Debuts Refreshing Beverage Lineup
Antara cara yang inovatif untuk menikmati Perrier adalah dengan mencampurkan hirisan tembikai dan timun untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan. Ia adalah sihat, dan mampu menghilangkan dahaga,” – Mathieu Marchal, Duta Perrier.

Pada majlis ini,

Mixologi terkenal Malaysia, Kelvin Lee turut memperkenalkan kemahiran beliau dalam menyerlahkan personaliti Perrier mengikut citarasa tempatan.

Campuran bunga sirap teh rosella, thyme, lemon segar dan Perrier dikenali sebagai Perrier Garden Twist adalah salah satu ciptaan popular Kelvin.

Satu lagi ciptaan ciri adalah gabungan jus lemon segar, campuran sirap berry, madu dan Perrier dinamakan Perrier Merry Berry.

Perrier - Minuman Mixologi Yang Menyegarkan

Di samping itu, Perrier juga memperkenalkan minuman mixologi yang lain seperti Perrier Sangria, Perrier Jack Gold Line dan Jack & Rosella.

Untuk pengetahuan anda

Pada tahun 1905, Perrier telah dilantik untuk menjadi pembekal minuman kepada Raja England sekaligus minuman ini sesuai bagi mereka yang mencari rasa yang premium, berkualiti dan berprestij.

Perrier dibotolkan dalam kilang berkaca di tapak galian. Proses pembotolan Perrier telah mengikut ketetapan panduan ISO 14001 (Persekitaran) dan ISO 22000 (Keselamatan Makanan) serta menepati kualiti standard Skim Tanda Kualiti Nasional (NQMS).

Air Mineral Semulajadi Sparkling

Perrier - Minuman Mixologi Yang Menyegarkan

Seperti mana-mana produk premium lain, Perrier boleh didapati di rangkaian terpilih seperti hotel, restoran, kafe, bar dan kelab.

Manakala untuk diminum begitu sahaja, ia boleh didapati dengan mudah di restoran makanan segera, mesin layan diri, dan pasaraya terpilih.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Perrier Perkenalkan Mixologi Minuman Yang Menyegarkan

  1. nak tanya.

    ada logo halal tak kat botol tu?

    tengok gambar kat sini tak nampak.

    sebab ni first time aku dengar nama air perrier ni. hoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *