Pek Permulaan BuzzMe – Kad SIM Boleh Digunakan di 200 Negara Buat Kaki Travel

17,016,485 total views, 134 views today

Pek Permulaan BuzzMe – Kad SIM Boleh Digunakan di 200 Negara Buat Kaki Travel

Enabling Asia Tech Sdn Bhd m8 World SIMEnabling Asia Tech Sdn Bhd (EA) mula mengorak langkah pada tahun 2017 dengan melancarkan m8 World SIM.

Ia dijangkakan membawa kad sim mengembara (Travelling SIM Cards) pada tahap seterusnya bagi memenuhi kehendak kedua-dua segmen pasaran pelancongan & perniagaan.

Pada majlis ini juga,

EA telah mengumumkan pelancaran produk m8 World SIM di bawah model perniagaan MVNA, bersama-sama dengan pelancaran Buzzme World SIM Starterpack bawah model perniagaan Mobile Virtual Network Operator (MVNO) yang dibangunkan oleh EA sendiri.

m8 World SIM – produk telekomunikasi perdana didaftarkan sebagai tanda dagangan EA – adalah hasil perkongsian komersial yang berjaya antara EA dengan Taisys Technologies Co Ltd dari Taiwan.

Ia turut mendapat sokongan teknologi dan pengurusan lanjutan dari Operator Rasmi Rangkaian Mudah Alih, U Mobile Sdn Bhd.

Perkhidmatan m8 World SIM ini dijangka dapat menguatkan lagi portfolio perusahaan EA – merentasi sempadan geografi dan memacu EA ke arah menjadi aggregator paling digemari ASEAN bagi MVNO.
Majlis Pelancaran BuzzMe
Bagi pengguna yakni anda,

Pencapaian yang luar biasa ini, ditambah pula dengan pendedahan jenama serantau ke lima buah negara ASEAN yang terdiri daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Sekaligus akan membolehkan pelanggan Malaysia dan serantau untuk terus berhubung di luar negara dengan hanya menggunakan 1 kad SIM.

m8 World SIM menggunakan nombor telefon bimbit tempatan negara-negara yang menjadi destinasi dan bukannya berdasarkan cas roaming konvensional untuk memastikan penyambungan yang lebih lancar.

Pek Permulaan BuzzMe Diperkenalkan

Sempena pelancaran m8 World SIM, Pek Permulaan Kad Sim Dunia BuzzMe diperkenalkan dan ia telah berada di pasaran Malayaia mulai bulan Mei 2017.

Dengan slogan “ONE WORLD. ONE SIMCARD.”, ciri yang terdapat pada m8 World SIM dikendalikan dalam model hibrid. Memastikan pengguna di Malaysia setiasa berhubung, begitu juga setiap kali mereka merantau di lebih 200 buat negara seluruh dunia.

Pek permulaan ini dijual pada harga RM99 dengan kadar kredit RM50 tersedia bersamanya. Ia boleh dibeli secara online atau melalui wakil yang dilantik seluruh negara.

Melalui model Hybrid ini,

Pengguna boleh menggunakan kredit yang terdapat didalamnya untuk kegunaan di Malaysia (seperti menggunakan telco yang lain) dan membeli pelan langganan ketika berjalan diluar negara.

Tambah nilai boleh dilakukan melalui m8 Reload – secara online di m8.com.my atau di 7-Eleven, e-Pay dan wakil sah yang dilantik seluruh negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *