You are here
Home > Iklan > Neelofa Dilantik Sebagai Duta Bagi OPPO R9s Edisi Hitam

17,419,240 total views, 1,061 views today

Neelofa Dilantik Sebagai Duta Bagi OPPO R9s Edisi Hitam

Neelofa Duta OPPO R9s Edisi Hitam
OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO R9s Edisi Hitam yang akan dijual secara rasmi pada harga RM 1,828 bermula 10 Mei 2017.

Dalam majlis yang sama, mereka telah mengumumkan bintang tempatan, Neelofa sebagai duta rasmi peranti tersebut.

Tahniah, Bro ucapkan kepada Neelofa

Eh, Bukan Fattah Amin juga duta kepada OPPO R9s? Jeng jeng jeng… Apakah semua ini?

Tidak dapat dinafikan Neelofa merupakan duta yang sempurna bagi OPPO R9 Edisi Hitam ini.

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang seni sebagai seorang selebriti, beliau juga merupakan usahawan yang cukup berjaya dengan Naelofar Hijab, jenama pakaian wanita Muslimah.

Baru-baru ini, Neelofa telah terpilih sebagai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes dan ia merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan.

OPPO R9s Black Edition

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah supermodel bertaraf antarabangsa, Amber Chia, yang menunjukkan kepelbagaian OPPO R9s Edisi Hitam dengan acara ‘catwalk’

OPPO R9s Edisi Hitam mengekalkan teknologi fokus dwi-PDAF dan apertur f/1.7 ekstra lebar yang mampu memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya.

Di samping kamera depan dan belakang 16MP, menjadikannya sebuah peranti yang cukup mantap untuk peminat fesyen dan juga teknologi.

Walaupun trend bertukar setiap musim, warna hitam merupakan warna yang kekal abadi dan sentiasa bergaya. Tidak kira anggun, seksi ataupun bergaya, warna hitam senantiasa sesuai.

Kini, dengan OPPO R9s Edisi Hitam yang penuh elegan, pengguna boleh memadankan peranti ini dengan pelbagai fesyen dengan mudah.
OPPO R9s Black Edition
Bergabungan dengan casis hitam ‘Matte’, logo OPPO yang berwarna perak di bahagian belakang kelihatan cukup bergaya. Ditambah dengan garisan antena ultra-halus “enam tali” sepanjang bahagian belakang telefon, keanggunan peranti ini terserlah.

Anda kini boleh mengambil gambar lebih tajam dan jelas dengan kamera belakang 16MP IMX398 dari SONY yang mengagumkan.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,010 mAh bateri. Ditambah dengan teknologi industri terkemuka pengecasan pantas VOOC OPPO, pengguna boleh memaksimumkan potensi penuh peranti tanpa sebarang gangguan dalam kehidupan seharian mereka.

Pra-Tempahan OPPO R9s Edisi Hitam Dibuka

OPPO R9s Black Edition
Tempoh pra-tempahan OPPO R9s Edisi Hitam ini bermula daripada 3 Mei 2017 sehingga 9 Mei 2017!

OPPO juga akan memberikan Now 2 Smart Band bernilai RM 199 kepada pengguna yang membuat pra-tempahan daripada kedai rasmi di atas talian OPPO (http://www.oppostore.com.my/products/r9sblack/), kedai konsep OPPO, serta laman web e-dagang, kedai elektronik dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO dan sebanyak 700 kedai jualan yang terpilih.

OPPO R9s Edisi Hitam akan dijual secara rasmi pada harga RM 1,828 bermula 10 Mei 2017.

Untuk maklumat yang lanjut, sila melawat www.oppostore.com.my/products/r9sblack/

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Neelofa Dilantik Sebagai Duta Bagi OPPO R9s Edisi Hitam

  1. Neelofa dan Oppo merupakan jenama yang hebat dan mantap..

    bro bila lagi nak jadi duta produk henfon..

    rasanya follower banyak dan full pakej juga tu

Leave a Reply

Top